Khamis, 16 Oktober 2014

Tips meningkatkan pengeluaran susu IBU

Assalamualaikum w.b.t..dan salam sejahtera bagi yang bukan muslim...

Alhamdulillah rupanya ramai lagi ibu-ibu diluar sana yang prihatin terhadap keperluan anak-anak..
Dalam entri ini,ti nak ceritakan serba sedikit mengenai pengaruh pengeluaran susu..Untuk pengentahuan ibu-ibu hebat semua ini...banyak faktor k yang sangat berpengaruh..


Ok Dear ti nak jawap semua ya  soalan yang bermain dikepala uollss semua..semoga ia sangat membantu ok...maaf sangat-sangat..ti terpaksa tulis melalui blog sebabnya perkara sama jer k apa yang akan di bagitau uollss semua..

PERTAMA
KEADAAN DIRI IBU SENDIRI..

  • Perkara pertama yang ti akan tanya kat semua ibu-ibu...CUKUP ker nutrisi ibu-ibu dalam menu harian..Contohnya makan lunch k...semua ada ker?sayur,buah.protein,kharbohidat???
  • Dan ada yang jawab ya..dan ada yang jawab tidak ...Yang jawab ya...kita yakin ker semua zat makanan tersebut kita boleh dapat dari menu yang kita makan tu...sini ti suka bagi contoh ikan..semua orang tahukan dalam ikan terdapat protein...so nak dapat protein makanlah ikan..betul tak?Setuju tak dengan ti?tapi yakin ker semua protein tu kita dapat sepenuhnya??Kalau uoolss makan ikan mentah macam tu bolehlah kan dapat protein yang cukup..tapi kalo korang pergi masak dengan haba yang kuat..korang rasa musnah tak protein semua tu??

  • Ya dear,zat dalam makanan semuanya akan musnah bila kita masaknya..
  • So ti jawab untuk diri sendiri adalah TIDAKKK ni untuk diri ti sendirilah...memang ti mengaku bahawa ti dalam menu harian ti tak lengkap langsung..kadang-kadang malas nak goreng sayur..kadang-kadang makan jer apa yang ada dalam peti..huhu..

So jalan penyelesaiannya

  • Jalan penyelesaian yang ti ambik untuk melengkapkan nutrisi yang perlukan oleh badan ti adalah dengan mengambil makanan tambahan atau dikenali sangat dengan suplement..YA kita ibu menyusu perlu sangat suplement untuk menyokong badan kita yang kekurangan nutrisi..Jika badan tidak sihat..macamanalah yer apa yang kita inginkan terjadi..dalam konteks kita sekarang ni..SUSU IBU
  • Kesimpulan yang pertama,badan kita mesti cukup sihat dan cukup nutrisi untuk mendapatkan pengeluaran susu yang optimum..
  • Ti nak tanya uolls yang baca ni...YAKIN KER cukup nutrisi..yang kata cukup tu Alhamdulillah dear,U tak perlukan suplement ni semua..badan u dah cukup segalanya k..


Yang rasa nak sangat tahu bagaimana suplement ni bantu ti untuk dapatkan pengeluaran susu hingga tahap ni...kita sembang di private mesej k..ti tunggu tau uolls bagi respon

  • Sebenarnya uolls ada lgi pilihan selain mengambil makanan tambahan ni...uolls boleh dapati makanan segar..tapi uolls kena rajinlah k..(baca sini makanan penggalak susu)
  • kalo dah makan suplement apa pun yer..ingat WATER INTAKE sangat-sangat penting..nak tau banyak mana air perlu setiap hari..formulanya
  • BERAT / 25 = jumlah nilah yang perlu kita minum setiap hari..
  • Air yang tidak cukup sangat pengaruhi pengeluaran susu ibu k..(baca kat sini) 
  • TETAPI kafein jangan amalkan sangat k..segelas kafein yang uolls minum boleh menghilangkan 2-3 gelas air sehari!!!AWAS YER 
KEDUA..
MINDSET...buah fikiran...

  • Yang ni sebenarnya penting sangat..Apa yang kita fikirkan itulah yang akan terjadi..So jangan duk di zikirkan bahawa susu kita kurang untuk anak kesayangan kita..Dalam otak fikiran kita mesti selalu ingat bahawa susu kita cukup untuk anak kesayangan kita..
  • In sya ALLAH ,Allah akan turuti apa yang hambanya fikirkan..(cuba fahaminya )
  • So lepas ni mindset kena ubah k...(try baca sini )
Kesimpulannya kat sini...dari kita pregnant lagi sebenarnya kita kena tetapkan niat kita untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun..In sya ALLAH..Apabila mindset dah di tetapkan,walaupun apa jua dugaan dan rintangan kita akan cari jalan penyelesaiannya...SETUJU TAK??


YANG KETIGA
KONSEP SUPPLY & DEMAND

  • Konsep ni kalau tidak digunakan memang susu kita akan down k..Dimana supply adalah kita dan demand adalah anak kita..
  • Semakin tinggi permintaan semakin banyak pengeluaran..
  • So kesimpulannya...apa pun keadaan kita perlukan bagi lebih kerap anak menyusu untuk dapatkan pengeluaran susu yang banyak..Kalau anak ada bersama kerapkan menyusu direct tapi bila anak tiada..sesi pengepam perlu ikut jadual..




YANG KEEMPAT
PERALATAN..


 YANG KELIMA
ZIKIR DAN DOA
  • Apa yang ti selalu amalkan semasa menyusu kat anak adalah mengamalkan zikir YA-MATIN..
  • Anak masuk jer mulutnya di akan lagukan dengan zikir YA MATIN...memang zikir ini sangat HEBAT ibu-ibu...cubalah kalau ibu-ibu kurang percaya..tapi kena yakinlah...Semasa menyusu kalau ti baca zikir ni Breast yang anak ti tak hisap tu pasti memancut..HEBAT KAN KUASA ALLAH..
  • Yang nak tahu apa maksud YA MATIN...baca kat sini k..(klik jer) 
  • Sekarang anak ti dah masuk setahun 2 bulan alhamdulillah setiap hari pasti ada peningkatan..Yang Penting kita yakin siapa yang MAHA PEMBERI...

 YANG KEENAM
DORONGAN DARIPADA SUAMI DAN KELUARGA
Ini sangat penting..suami perlu sokong si isteri yang ingin menyusukan anak..dengan adanya sokongan dan ada bimbingan in sya ALLAH kita pasti boleh...KITA ADALAH INSAN HEBAT yang ALLAH pilihkan untuk memberi yang terbaik untuk anak kesayangan.. 


Terima kasih sangat kepada yang sudi membaca hingga habis..
Yang perlukan penjelasan yang lebih terperinci..sudilah bagi respon di private mesej k..
SEMOGA IA SANGAT MEMBANTU SEMUA IBU-IBU..IN SYA ALLAH

2 ulasan: