Penyusuan...semua ibu yang melahirkan anak mesti terasa hendak menyusukan baby nya sehinggalah 2 tahun..kalo nak ikut sunnahkan..Ti ada 3 orang anak lelaki..alhamdulillah ketiga-tiga nya ti susukan susu ti sendiri..last skali diorang menyusu ngn ti apabila ti pregnant balik..YAng ke tiga ni ti nak susukan sampai umur 2 tahun gak..IN sya Allah..semuanya dengan izin ALLAH...
Ti sebenarnya lupa dah macamna ragam anak-nak ti semasa ti menyusukan mereka..Tapi time menyusulah moment paling tak boleh dilupakan..kita ni di antara yang bertuah..Ramai di luar sana yang duk mengeluh duk kata susu tak derlah..susu tak cukuplah..susu keringlah...susu tu susu ni..macam-macamlah..
Melalui pembacaan ti dalam blog kawan-kawan penyusuan ni,sini untuk ti dan kawan-kawan penyusuan ti nk kongsikanlah..
First tetapkan niat..Dulu time aiman anak sulong ti memng ti berniat tak mau campur ngn susu formula dari lahir..Alhamdulillah bila niat kita betul ALLAH mesti kotakan..ingat apa yang kita fikirkan itulah yang akan berlaku.Hari-hari ti berdoa apabila sudah sembahyang supaya susu ti ada untuk anak ti ni.."YA ALLAH kau perbanyakkanlah susuku untuk anak ku nanti"
Apabila niat sudah dipasang apa yang kita inginkan itu kita kenalah nekad..ni tak niat sahaja tapi tak nekad..bila hari pertama susu tak kuo..dah nervous..pastu mengalah dah tak mahu bagi susu kat baby kita..NO NO NO...kalo boleh kita jangan sedarkan minda negatif kita yer..yakinlah susu kita ada untuk anak kita..hari pertma anak kita lahir memng kita tidak akan keluarkan susu tapi kita akan keluarkan KOLUSTRUM..kuning-kuning tu warna dia..masa hari pertama baby lahir perut mereka macam duit 1 sen jer..kecik jer..bila diorang hisap kolustrum tu memng akan kenyang..
INGAT satu jer..bila permintaan tinggi pengeluaran juga akan meningkat...so...untuk keluarkan susu dengan banyak ibu-ibu kenalah bagi baby hisap dengan kerap..lagi kerap lagi bagus..sejam sekali kalo boleh..barulah susu tu meriah kebabommm...sebelum ti lupa...pemakanan kita time hamil tu gak boleh menjadi penyebab susu kita banyak tau..Masa pregnant kat aiman hari tu ti suka sangat makan buah tembikai..mak oiii susu ti hari pertama memang banyak..tu sebelum mengurut 3 hari..lepas mengurut lagilah bnayak...sampaikan nak meniarap bidan nak urut pun tak boleh..sakit punya breast ni...So kalo masa pregnant tu dah psang niat nak susukan baby kita tu nanti,time pregnant tulah amalkan makan makanan yang akan meriahkan susu tu..contoh Tembikai..soya..
HA bila sebut pasal soya..ti nak cerita bab aiman ni anak sulong ti..masa pregnant kat aiman memng ti suka sangat minum soya..sampaikan p tanya orang yang jual soya tepi jalan macamna nak buat soya ni..dia pun ceritalah macamna nak buat soya ni dari A sampailah ke Z...sampaikan stok dalam peti tu memang penuh dengan soyalah..Aiman lahir memng putih gebuslah..memng cantiklah..sampailah besar ni kulit aiman memng putih...cerahlah dari angah yang ti tak amalkan soya ni..TAPI kulit aiman amatlah sensitif..sensitif sangat..masa dia kecik dia kena enzema..macam macm ubat beli kat dia..kaki dia memang teruk..enzema nikan gatal...so soya memang bagi anak putih tetapi kulit lak sensitif....panjang dah aii...banyak lagi rasa nak cerita.
Sambung bab penyusuan tadi..Pemakanan pun sangat mempengaruhi susu kita tau..kalau menu harian kita lengkap seperti pola piramid makanan yang di tetapkan,In Sya Allah susu kita mesti akan banyak..kalau kita rasa menu harian kita tak lengkap..ti sarankanlah ibu -ibu kenalah ambik suplement.Suplement ni pelengkap nutrisi bagi mengisi kekosongan dalam menu harian kita..Kalo kita rasa menu kita dah lengkap tak payahlah suplement ni..
Ini adalah contoh makanan yang harus kita ada dalam menu harian kita..dan ramai rasanya antara kita tak cukupkan?..memng susah rasanya nak cukupkan...
Hubungi saya,
siti Natrah Che Kamarudin pengedar sah shaklee anda iD no:1080925
Hubungi saya di No 013-9721859 atau
Emel ke natrah4ever@gmail.com atau
pm ke fb facebook (ctnatrah che kamaruddin)untuk dapatkan harga (RM) setiap set dan sebarang tempahan.
Ti COD ke kawasan Dungun,Paka ,Kerteh dan Kuala Terengganu. Juga menggunakan perkhidmatan pos laju ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak
Dapatkan juga konsutasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya pada bila-bila masa anda perlukannya!!.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan