Assalamualaikum...
kesempatan yang ada ni,ti nak kongsikan lagi mengenai penyusuan. Apa yang ti rasa itulah yang ti cuba kongsikan..
Al-kisahnya macam ni...panjang gak ni..jangan mengantuk yer baca..Husband ti kerja shift tau,2 hari siang 2 hari malam. Bila husband ti kerja siang,ti memang rasa malas sangat nak msak.. KAdang-kadang tu makan apa yang ada jer kat umah ni..Seharian tinggal ti ngn anak-anak jer kat umah jadi makan pun tak memilih sangatlah. Anak-anak kadang-kadang tu diorang makan bubur yang ti buatkan kat adeeb. So kat situ nak jadikan ceritanya,menu bila husbnad ti kerja siang memang tak cukup nutrisi seperti piramid makanan.
Seperti yang kita ketahui sebelum ni,ibu menyusu mestilah makan makanan yang berkhasiat supaya dapat hasilkan susu yang banyak dan berkhasiat. Nak jadikan cerita lagi,2 hari tu susu ti kurang sangat-sangat..memang gabra dah ni,...selama ini ti duk beleber pasal penyusuan tup-tup kena kat ti xde susu..Adeeb apa lagi memang marahlah bila takde susukan. masa tu memang ti risau sangat,takut susu ti kering jer. samapaikan bila ti pump tak keluar langsung. Nak ambik gambar pun tak de guna,macam ambil botol kosong jerlah.
Tapi haritu ti datang period,maybe salah satu sebab gaklah bila kita datang period hormon kita terganggu.
so apa yang ti buat untuk tambahkan bekalan?
Bangun jer pagi,ti tetapkan niat...hari ini aku nk buat apa saja bagi susu aku bnyak balik..dan aku akan apply semua yang ti dah post sebelum ni..time nilah nak praktis kan??sebelum ni duk tulis jer praktis tak..ambik ko kena batang hidung sendiri.
First pasang niat..
Second ti berdoa..doa banyakkan susu yang ti dah upload sebelum ni dalam petua banyakkan susu dan zikir.
Ya,ketiga zikir,selepas subuh ti zikir ya-matin sebnayak 70x dan ti tiup dalam air kosong dan ti minum,tiap kali ti nak susukan adeeb ti akan doa dan mulakan dengan bismillah..semasa adeeb menyusu mulut ni kumat kamit akan baca ya matin..setiap nk menyusu wajib minum air segelas sambil baca ya-matin.
bacakan doa perbanyakkan susu,sambil baca sambil usap breast ni..doa dalam hati..hati kena yakin ok..
Ke empat,hari tu ti masak menu yang boleh membantu dalam perbanyakkan susu ibu,pergi kedai nak beli lobak putih tapi tak ada,so ti beli peria. ti goreng peria ngan kicap..pahit ya amat periakan..tapi sanggup ti telan sampai habis satu magkuk..(tak de gambar )
Sebelum makan penggalak susu ni,ti ada ambik alfalfa sampai 10 biji tapi susu tetap kering, Kesimpulannya..
Badan manusia mempunyai cara penerimaan yang berbeza. ada yang ambik suplement jer susu terus meriah,ada yang kena add on dengan makanan lain.
kesimpulan lagi,ibu menyusu jangan sesekali nak diet ataupun miss makan. WAJIB makan ikut jadual,pagi,tengahari petang dan malam kena makan.
INGATLAH kita makan untuk anak sekali..jangan ambil sambilewa jer,yang merana sape anaklah jawabnya..
Panjanglah mek siti ni bleberkan..semua ni untuk pengajaran buat ibu menyusu janganlah skip makan. Ibu meyusu makanlah apa saja supaya susu ibu meriah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan