Memaparkan catatan dengan label ibu menyusu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ibu menyusu. Papar semua catatan

Ahad, 12 Februari 2017

OSTEMATRIX wajib Semasa mengandung dan menyusu

Assalamualaikum sahabat Umi Tie yang hebat.
hari ni dah 12 hbln, Nak masuk separuh bulan dah kan. Ti nak share promo bulan febuari ni.
Bulan ni promo untuk item paling laku keras diantara ibu mengandung dan yang sedang menyusu tau.

Sebab apa mereka suka sangat dengan ostematrix ni. meh baca semua testimoni best tentang kalsium putih ni k.
















                                               kalau tak ambik masa mengandung, nak angkat kaki pun rasa susah



hilagkan lenguh-lenguh badan. Tie kalau seharian banyak kerja. malam sebelum tidur telan oste ni esok mesti dah hilang lenguh. Macam minyak [anas lah jadinya








Hanya bulan ni jer tau untuk 2 harga promosi ini. apa apa pertayaan tentang ostematrix. a.ka. kalsium ni boleh whatsap Tie yer



Jumaat, 3 Julai 2015

Ibu menyusu boleh berbuka Puasa?

Assalamualaikum w.b.t...

Pejam celik pejam celik hari ini dah masuk hari ker 17 puasa.. Takut pun ada,sekejap sangat rasa dah 17 hari..huhuu..

Oiiit tak mau merewang panjang-panjang..ti nak jawab soalan bagi sorang mommie ni...InsyaALLAH..semoga ia boleh kita jadikan pengajaran dan pengentahuan buat kita gak kan..


Untuk pengentahuan kita.. sahabat kita ni bekerja...

Jawapan Ti untuk soalan dia ni k...


  1. KENAPA BADAN IBU MENYUSU ni terketar-ketar semasa puasa.
  • Sahabat-sahabat kena tahu k...semasa proses pnyusuan ataupun semasa kita mengepam...badan kita akan membakar kalori sebanyak 200-500 kalori setiap hari..
  • Untuk membakar kalori tersebut... badan kita akan menggunakan tenaga .. Bulan puasa nikan...nak makan tak boleh untuk top up balik tenaga yang kita gunakan ini...Jadinya...
  • Apabila badan kita dah gunakan semua tenaga yang ada dalam badan kita itulah penyebabnya badan kita akan terketar-ketar..
  • Ada sesetengah dari kita,pagi lagi dah rasa ketar-ketarkan...Itu sebenarnya normal bagi ibu menyusu
SEBAB itulah kita ibu menyusu disarankan bersahur dan mesti mengambil kalori lebih dari 700 kca.

2. KENAPA 2-3 hari ini PRODUCTION SUSU mommie ni tidak banyak.
  • Sebelum tu tahu dulu k...sahabat kita ini bekerja dan diberitahu tidak sempat untuk mengepam waktu siang hari.
  • Apabila ibu ni termiss mengepam pada siang hari...ia dah menghantar signal kepada suis kita diotak tau bahawa anak kita dah kurang minum susu...So secara automatiknya sahabat kita ni dah hantar signal gak kat hormon prolaktin untuk kurangkan penghasilan susu.
  • Sebab itulah Ti suka sangat peringatkan kepada sahabat yang lain..puasa pun kena gak pam.
  • Apabila ada demand,semestinya supply mesti akan ada....itulah kuncinya dalam penyusuan ni...
DI TAMBAH pulak kita ni sekarang BERPUASA.
  • Kandungan susu kita terdiri daripada 84% air...apabila badan kita kekurangan air jugak,suis di otak akan dapat signal bahawa badan kita LETIH,letih juga akan diarahkan oleh otak supaya badan kita berehat.
  • Semasa badan kita berehat nilah hormon prolaktin akan dikurangkan..
  • Apabila hormon prolaktin dkurangkan,..Semestinya susu kita akan drop..
Kita tengok perkongsian Fiqhmedic tentang penyusuan semasa puasa ni k

"Punca kurang susu ibu. Jika menurut kajian di atas, punca kekurangan susu tidak boleh dikaitkan sepenuhnya dengan puasa kecuali berlakunya dehidrasi. Dalam banyak keaadaan, kerisauan ibu yang takut letih & kekeringan susu menyebabkan mereka kurang menyusukan bayi mereka semasa puasa. Kurangnya rangsangan kepada payudara membawa kepada kurangnya susu.
Ini kerana konsep utama breastfeeding ini adalah demand and supply. Lagi banyakdemand, lagi banyak supply yg dihasilkan. Badan kita memahami demand untuk menyusu ini bila bayi kerap menyusu (8-12 kali sehari semalam). Inilah satu-satunya cara secara fisiologi (fitrah fungsi badan) yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan.
Di samping hormon prolaktin (berfungsi untuk membuat/menghasilkan susu) danoksitosin (berfungsi untuk mengeluarkan susu dari payudara), terdapat satu lagisubstance penting yang dinamakan Feedback Inhibitor of Lactation (FIL).
FIL adalah sejenis protein yg terdapat di dalam susu yg berkumpul di payudara ibu itu. Ia memberi negative feedback kepada proses penghasilan susu tu. Jika banyak susu tidak dikeluarkan dari payudara (sebab kurang penyusuan dari bayi/kurang diperah keluar), maka banyaklah FIL ini berkumpul dalam payudara. Level FIL yang tinggi ni akan memberi signal supaya kurang susu dihasilkan (negative feedback). Jika perkara ini dibiarkan berterusan, maka lama kelamaan payudara itu akan mengecil.
Sebaliknya, jika susu sentiasa dikeluarkan dari payudara (bayi kerap menyusu / kerap diperah keluar), maka kurang FIL dalam payudara. Level FIL yang rendah ini akan memberi signal supaya lebih banyak susu dihasilkan.
Maka, penyusuan berterusan samada puasa ataupun tidak amat penting supaya payudara tidak terputus menghasilkan susu.

3. Ada orang cakap tak payah puasa?

  • Sedikit perkongsian yang ti nak kongsikan dekat sahabat-sahabat

Di antara rahmat Allah yang agung kepada hamba-hamba-Nya yang lemah, Allah memberi rukhshah kepada mereka untuk berbuka, dan di antara mereka adalah wanita yang hamil dan menyusukan anak.
  • Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu (iaitu al-Ka’bi, bukan Anas bin Malik al-Anshari, pembantu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, tapi ini adalah seorang pemuda dari Bani Abdillah bin Ka’ab, dan dia pernah tinggal di Bashrah, beliau hanya meriwayatkan hadis ini sahaja dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam): “Kuda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam mendatangi kami, aku pun mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, dan aku temui dia sedang makan. Beliau bersabda: “Mendekatlah ke sini dan makanlah”, Aku berkata, “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”, Maka beliau bersabda, “Mendekatlah ke sini, aku akan membeitahumu berkenaan dengan puasa. Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala menggugurkan (meringankan) setengah hari beban solat ke atas orang yang bermusafir, menggugurkan (memberi rukhsah) ke atas wanita yang hamil dan menyusukan anak akan kewajiban berpuasa. Demi Allah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengucapkan keduanya atau salah satu dari keduanya. Aku pun benar-benar menyesal kerana tidak memakan makanan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (715), an-Nasa’i (4/180), Abu Dawud (3408), Ibnu Majah (16687). Sanadnya hasan sebagimana pernyataan at-Tirmidzi)

    Sumber : Akh. Nawawi Subandi, http://fiqh-sunnah.blogspot.com
  • Pertama ialah dehidrasi. Antara komplikasi utama yang membolehkan wanita menyusukan anak berbuka puasa adalah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Tanda-tanda yang puan nyatakan seperti tekanan darah rendah, letih, menggigil, rasa loya, pening-pening dan rasa haus yang teruk adalah berpunca dari dehidrasi. Apabila terdapat gejala sebegini, maka dibenarkan berbuka.
    Kekurangan susu pula adalah akibat dari dehidrasi yang teruk. Namun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan puasa di bulan Ramadhan tidak membawa kepada dehidrasi kepada ibu yang menyusukan anak. Kecuali apabila si ibu kurang menitik beratkan amalan sahur dan tidak meminum air yang cukup dalam selang waktu yang lama sebelum berpuasa.
  • Memang betul k...kita diberi kelonggaran untuk berbuka...Tetapi jika kita usaha semua cara,semua makanan dah kita makan..semua tips dah kita usaha...tapi tetap tak berjaya...
Yang rasa nak usaha dulu sebelum berbuka...boleh contact ti k..whatsapp lagi bolehla...
Semoga bermanfaat yer mommies


Rabu, 1 Julai 2015

Atasi Letih,haus ibu MENYUSU di bulan puasa

Assalamualaikum w.b.t

Pejam celik pejam celik dah hari ke 15 hari ni...rasa macam sekejap sangat kan puasa kali ni...Tapi Alhamdulillah...Ti dapat berpuasa penuh plus lagi yang menyusu...plus lagi tak de stok EBM langsung sekarang ni dalam freezer...huhuhu...

Mencabar sikitlah kali ni berbanding tahun lepas...tapi mujurlah adeeb sekarang ni banyak nk minum air lain,nak makan makanan lain kan...taklah bergantung kat susu jer 100%

14 hari berpuasa semalam...ada lagi kawan ti mengadu yang kawan dia ni anak 8 bulan...tak dapat puasa pun...disebabkan menyusu...

Ya memang ibu menyusu & hamil ada ruksyah...diharuskan berbuka kerana sebab-sebab tertentu...Indahnya ISLAM kan...Ibu dibolehkan berbuka jika ia memudaratkan bayi dan diri sendiri...

Sebelum tu apa kata kita usaha dulu yer mommies,sahabat seperjuangan ti...huhuhu...Ti tahu bukan senang nak puasa bila kita menyusu ni...
Tetapi kita boleh usaha ,ikhtiar dahulu baru kita decide macamana...

MENYUSU BANYAK BAKAR KALORI

Semasa proses untuk menghasilkan susu,badan kita akan bakar lemak dan kalori sebnyak 200-500 kalori setiap hari...

Dengan pembakaran inilah yang menyebabkan badan kita rasa letih sangat...
Perumpamaan yang ti suka bagi dekat sahabat seperjuangan ti...

kita tak makan apa-apa pun makanan,tetapi kita pergi jogging 4-5 pusingan,mesti lepas jogging tu kita akan rasa haus dan penat kan, kita ganti apa yang kita rasa tu dengan minum air dan pergi makan

Ha macam tulah bila ibu menyusu ni,puasa memang tak boleh la nak g top up minum air ataupun pergi makan kan...

CARA SAHUR IBU MENYUSU

Sebab tu entri ti sebelum ni ti ada bagitau Tips2 macamana untuk IBU MENYUSU time puasa ni...

Antaranya ibu menyusu kena gak sahur...Kita ibu menyusu perlukan lebih kurang 700 kalori semasa sahur tu untuk menampung keperluan kallori badan kita semasa menyusu...

Dan menu sahur tu ti suka sangat cadangkan makanan yang kurang pedas,kurang berminyak dan kurang masin...kerana makanan ini semua akan menarik air kELuar dari sel-sel badan kita...Dahla tak boleh minum air,air dari sel lak ditarik keluar...memang akan kuranglah air tu...

Salah 1 sebab kenapa badan kita letih sangat semasa puasa ni adalah kandungan air dalam badan kita yang tak CUKUP...Dalam susu kita terdiri daripada 84% air...Susu keluar jer mesti air akan keluar sama...




ni ada ihsan dari insan lain cara minum air...Untuk cukupkan 8 gelas sehari...Tapi INGAT kita perlukan 3 liter sehari tau untuk ibu menyusu ni...

SOALANNYA senang ke susah nak cukupkan 3 liter air setiap hari?



Ni respon salah seorang sahabat ti di facebook...memang takkan cukuplah kan...

SO apa ikhtiar kita nak buat ni??

Ti suka cadangkan kepada semua sahabat ti,kita usaha dulu ikhtiar barulah kita decide nk berbuka ker tidak okaiii...

Ti akan cadangkan kepada sahabaat ti cuba air isotonik oren dari shaklee ni...
Bukan sebab ti suruh,bukan sebab ti nak jual barang ti...tapi sebab ti nak tolong semua sahabat-sahabat seperjuangan ti ni sama-sama puasa...InsyaAllah...

Antara feedback positif yang ti dapat



Ni sahabat ti dalam group ibu hebat yang ti tubuhkan...
Dia selalu bagitau ti
anak dia kuat sangat mengempeng,sampaikan sebelum tengahri dah ketar-ketar lutut

Ha tulah maksudnya " dop kenaling dah" huhuhu ayat orang ganu ni...So ti cadangkan dia ambik PERFORMANCE DRINK a.k.a air isotonik yang ti suka cadangkan ni...




SEBAB APA AIR NI**

Antaranya...
1 -Air isotonik performance drink ni minuman elektrolit yang boleh mengawal bendalir dalam badan agar tidak kekeringan ataupun mencegah dehidrasi...

2- Air ini mengandungi formula 3 jenis karbohidrat yang penting untuk tenaga dan stamina.

3- Dan mengandungi formula unik shaklee iaitu opti-carb yang mana boleh bekalkan tenaga serta merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.

Antara 3 sebab diatas ni...cukup untuk kita ibu menyusu,bertahan seketika semasa berpuasa...antaranya haus sangatkan lepas menyusu ataupun lepas mengepam tu...

Dan letih sangat lepas menyusu...

INGAT air ni bukan MILKBOOSTER tapi air ni bantu badan kita bertenaga semasa puasa dan bantu cukupkan bendalir dalam badan kita...So taklah kita rasa kekeringan sangat...

Apabila air dalam badan cukup...InsyaAllah..susu kita cukup dan badan kita kurang letih...Suis kilang susu kita ni dalam otak...bila badan kita kekurangan air...otak akan dapat signal yang badan kita perlukan rehat...So memang itulah yg kita akan dapat...rasa nak tidur jer kan...

Insya Allah kita usaha ,dan ketentuan itu kita serahkan kepada Allah s.w.t...

Yang rasa nak cuba air isotonik oren dari shaklee ni boleh terus whatsapp ti ataupun call ti yer...