Rabu, 17 Jun 2015

Tips Berpuasa bagi Ibu Menyusu

Assalamualaikum w.bt...
Apa khabar sahabat-sahabat tie...semoga berada didalam rahmat ALLAH...lamanya ti tak update dalam ni...hukhukhuk..

Sempena bulan puasa ni..Ti nak kongsikan serba sedikit TIPS dan PETUA bagi ibu menyusu..Supaya tips dan petua ini dapat membantu ti juga yang sedang menyusu adeeb dan juga kepada sahabat-sahabat ti semua ni..

18 TIPS DAN PETUA UNTUK IBU MENYUSU sepanjang bulan ramadhan

  • Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana ALLAH. Yakin ALLAH yang berikan rezeki susu itu kepada anak kita.
  • Berdoa

  • Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi s.a.w bersabda;

"Umatku tetap berada didalam kebaikkan,selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur"

  • Jangan SKIP SAHUR,sahur juga adalah perkara sunat.  Pastikan menu semasa sahur bagi ibu menyusu adalah dari berkuah ataupun bersup. Elakkan dari mengambil makanan PEDAS ataupun terlalu masin.. Kerana makanan tersebut akan menarik air keluar dari sel..ini boleh menyebabkan kita rasa sangat kekeringan

Ihsan google..dari sajian dapur bonda

  • Fokus pada KUALITI bukan kuantiti. Diawal bulan puasa,susu kita memang akan drop sedikit daripada biasa..Dalam seminggu Puasa susu kita akan kembali normal setelah badan boleh adapt dengan keadaan kita sekarang ni...

  • Berbuka puasa dan sahur dengan makanan makanan yang seimbang yang kaya dengan protein,glukos dan cecair.
Contoh makanan yang kaya dengan PROTEIN...
  1. Telur - boleh buat sup telur yang campur dengan sayur
  2. Ikan - Ikan bakar ataupun kukus...bagi ikan goreng jangan overcook supaya protein didalam ikan tidak termusnah
  3. Daging Safi
  4. Air soya
  5. Tauhu
  6. Badam dll

  • Banyakkan memakan buah kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau,buah-buahan,oat dan sebagainya..
" Kurma istimewa dengan gabungan gula ringkas(tenaga cepat) dan serat ( tenaga lebih lama) untuk bolehkan kita solat dahulu sebelum makan betul-betul.
" Kurma juga kaya dengan potassium untuk bantu stabilkan bendalir badan setelah berpuasa sehari"

Caranya:
  1. Ambil 3 biji sekurang-kurang buah kurma semasa berbuka.
  2. Moreh ambil 3-5 biji kurma dan susu(kalsium)
  3. Ambil kurma 1-2 biji jadikan snek apabila selesai pam ataupun menyusu
  4. Ambil 3 biji kurma ataupun lebih semasa sahur..
  5. Ataupun boleh buat milkshake kurma untuk sahur dan semasa sesi mengepam waktu malam..
  • Minum cukup cecair. Elakkan minuman bercafein dan minuman bergas.

CARANYA
 Pastikan kita ambik segelas air suam @ plain water sejam segelas...ataupun sebelum sesi mengepam ataupun selepas mengepam...(cara betul) cukupkan 3 liter antara berbuka sehingga sahur.

JANGAN minum banyak dalam 1 masa...1 jug dalam masa sahur...(cara SALAH)

CAFEIN dalam minuman seperti teh tarik, teh hijau,nescafe,kopi dan milo dan lain-lain adalah diuretik.- kualiti yang memaksa badan untuk membuang air. Minuman ini boleh menyebabkan badan kita lagi cepat mengalami dehydration semasa puasa. ..

* kalau boleh bagi ibu menyusu kita kurangkan pengambilan minuman bercafein ini semasa SAHUR.


  • Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat...Untuk mengelakkan kita mengalami SEMBELIT semasa bulan PUASA.
  • Pastikan teknik penyusuan yang betul,kerapkan menyusui bayi
  • Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang sesuai dengan kita.
  • Lebihkan sesi menyusu secara terus ataupun mengepam pada waktu malam... Diantara jam 12-5 pagi adalah amat sesuai kerana hormon prolaktin yang TINGGI...menggalakkan susu kita lagi banyak terhasil. 
  • Kerapkan pam dan menyusu secara serentak iaitu cara TANDEM PUMPING.

  • Pam susu sebelum sahur...Masa ni hormon prolaktin dan oksitosin tinggi...so pengeluaran susu akan banyak....

 CARANYA

* bangun awal sejam dari biasa untuk sahur...SOLAT TAHAJUDD dahulu supaya dipermudahkan kita menyusu anak semasa puasa..dan minta dimurahkan REZEKI susu untuk anak kita.
* Lepas solat tahajjud pam dalam 20-30 minit dan boleh sambung sediakan makanan untuk sahur.


  • Sediakan kurma dan air mineral dalam beg tangan. Mungkin kita akan mengalami kesesakkan  jalan raya dan terpaksa berbuka puasa didalam kereta. Setibanya di rumah,kita berbuka dahulu sebelum menyusu k...jika anak tidak meragamlah....
  • Mesti ramai yang sediakan stok EBM kan untuk sambut puasa ni...So jika siang hari tidak mengizinkan kita untuk pam..Pastikan sebelah malam kita kerapkan pam..
  • Buat power pumping seminggu sekali k...Tau lagikan macamana cara power pumping tu....
  • Ambil MILKBOOSTER jika perlu ya...Bulan puasa ni Badan kita akan kekurangan sesuatu so ia akan menjejaskan pengeluaran susu jika otak mendapat signal bahawa badan kita tidak sihat.
  • IBU MENYUSU di bulan ramadhan kena banyakkan berehat...kerana kita perlu simpan tenaga tersebut sehingga berbuka...Setiap kali anak kita menyusu..badan kita akan bakar 200-500 kalori ...So kena pejamkan mata sikitlah kalau nampk rumah dah berselerak tu..husbandlah kena memahami kita...
  • Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria ok mommies hebat...Ingat jika kita tenang dan POSITIF hormon oksitosin akan tinggi dan ia akan meningkatkan pengeluaran susu kita walaupun kita puasa.

Semoga kesemua 18 tips dan petua ini dapat membantu mommies berpuasa...Ti ada sesuatu untuk dikongsikan kepada semua sahabat-sahabat ti sempena bulan puasa ini....

KENAPA TI cadangkan bagi IBU MENYUSU ambik set puasa ni?
Sebab pertama...

  • Ibu menyusu perlukan lebih protein dalam menu harian...Kerana protein dapat bekalkan tenaga buat ibu menyusu. Dan protein juga menolong badan kita dalam pengeluaran susu.
  • Dibulan puasa ini..kita perlukan lebih protein dari biasa kita ambil. Kerana protein lambat dicerna dan ia akan melambatkan proses lapar kita ibu menyusu.
  • Tetapi protein dalam makanan yang kita ambil seperti ayam,telur dan ikan akan musnah apabila terdedah kepada suhu yang panas...Maknanya protein dalam semua nya ini akan musnah apabila kita masaknya..
  • So untuk Lengkapkan keperluan protein dalam badan kita untuk menampung keperluan puasa ti cadangkan mommies ambil ENERGY SOY PROTEIN ini..
  • Dengan sifatnya yang Indeks Glisemiks rendah mampu melambatkan proses lapar kita supaya ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan sempurna.
  • Dan dengan sifatnya yang berprotein tinggi boleh membantu mommies dapatkan tenaga.
  • Dan bagi ibu yang ada GASTRIK , ESP ini bersifat alkali dan boleh membantu meneutralkan asid gastrik yang akan keluar saat kita berpuasa nanti..insyaALLAH..

  • Ibu menyusu kena alert perkara ini ya semasa puasa nanti...
TANDA-TANDA BADAN TERHIDRAT
"Air yang diminum keluar dari badan menerusi pelbagai mekanisme tubuh. Dianggarkan sebanyak 1.5 liter dikeluarkan sebagai kencing, manakala satu liter lagi terbebas menerusi proses perpeluhan, pernafasan dan proses penghadaman oleh usus.
 Badan yang tidak mendapat air yang mencukupi akan menunjukkan petanda seperti

  1. Kepenatan
  2. kekeringan didalam mulut
  3. rasa sakit ketika kencing
  4. gejala sembelit
  5. Sakit kepala
  6. Pertambahan berat badan ,
  7. Sakit otot
  8. ketidakstabilan emosi dan keletihan
Ini menunjukkan bahawa badan kita sedang kekurangan air dan ini adalah simpton simpton bahawa kita akan terhidrat..


Sesungguhnya Ramadhan akan menjadi lebih bermakna jika sebagai ibu, kita tidak mengambil mudah akan hal melaksanakan puasa dan meneruskan penyusuan bayi. Seboleh yang mungkin untuk meminimumkan pilihan berbuka puasa jika tiada apa- apa masalah ketika menyusukan bayi. Secara tuntasnya, sebagai langkah proaktif bagi ibu- ibu, seharusnya mengambil peluang untuk mengkaji lebih mendalam hakikat disyariatkan penyusuan susu ibu dan tidak menjadikan Ramadhan sebagai satu halangan untuk memberhentikan penyusuan ibu mahupun mengambil langkah berbuka puasa sewenang- wenangnya untuk menyusukan bayi tanpa ada sebab yang munasabah. Yang paling penting ialah pendidikan pemakanan yang sihat harus disemai dalam setiap diri ibu yang menyusukan bayi agar dapat mengharungi bulanpuasa dengan sihat dan cergas tanpa sebarang masalah. 
 Dengan masalah yang akan kita hadapi semasa ibadah puasa ini..ti cadangkan untuk semua mommies yang berpuasa supaya mengambil langkah bijak dengan PERFORMANCE DRINK ini...

PERFORMANCE DRINK ini adalah Minuman elektrolit yang mengawal keseimbangan bendalir badan agar tidak kekeringan atau mencegah dehidrasi.
  • Mengandungi formula 3 jenis karbohidrat iaitu matodextrin, fructose & glucose yang penting untuk tenaga dan stamina.
    Mengandungi formula unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.
DAHAGA dan puasa memang tak boleh di pisahkan..namanya puasakan...TETAPI kita boleh mencegah terlalu dahaga sehingga menyebabkan dehidrasi

Semoga semua tips dan petua ini mampu bantu kita semua melakukan ibadah puasa dengan sempurna k...



Untuk sebarang pertanyaan mengenai minuman SET PUASA ini boleh terus whatsapp ti untuk fast action k...muaaahhh...SELAMAT BERPUASA mommies hebat..




2 ulasan:

  1. bagus tipnya,,menyusukan anak juga adalah ibadah...selagi ada ibu yg menyusukan anaknya rahmat Allah pasti bersama kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga kita @paridah sama-sama dapat rahmatnya...huhuhu

      Padam