Memaparkan catatan dengan label Menu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menu. Papar semua catatan

Sabtu, 6 September 2014

Nasi Lemak Istimewa

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni ti rasa nak kongsi nasi lemak istimewa tilah..huhuhu..nasi lemak pun nak kongsi gakkan..takde menu lain dah ke nk kongsi..nasi arab ker,nasi yang class sikitkan..huhuhu..

Menu ni ti rasa lain sikitlah kut..maybe ramai gak kut yang dah buat..takpalah ti tujukan menu ini untuk sesiapa yang baru nak belajar duk kat dapur tu..semoga sangat bermanfaat okehhh..

Ni nasi lemak husband ti kata paling best..tak taulah kalo saje jer kan dia kata..huhuhu..

BAHAN-BAHAN nya..
Ni untuk nasi okey...

  • Beras yang dah di toskan
  • Bawang besar sebiji dipotong 4
  • Halia dalm 1 inci dipotong-potong ikut suka
  • Daun pandan
  • Sedikit marjerin
  • Santan
cara-caranya..

  • Letak kesemuanya dalam periuk yang nak ditanak nasi ni....beras yang dah di toskan,letak santan sucukupnya.sukatan santan sama macam nak tanak nasi putih tu jerlah k..
  • Letak bawang yang dipotong 4,halia yang diracik,daun pandan ,marjerin sikit,garam secukupnya dan letak gula sikit okey..jangan banyak sgt nnti manis lak nasi lemak korang..gula letak hujung sudu jer..

  • Fungsi marjerin nak bagi nasi lemak kita berkrim dan nampak berminyak sikit..baru best..
  • ok tanak macam biasa jerlah..
  • dan ti suka letak kunyit sikit..nasi lemak warna kuninglah..husband ti ni memang suka warna kuning..so ti letak jerlah tak salah pun..ada warna sikit..huhuhu
  • Ini dia rupanya nasi lemak ti tu..


Ni lak BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL LAK..

  • Ikan kukus..ikan tongkol k..cara kukus ikan tongkol ni letak ikan campur air sikit jer tau..jgn bagi tenggelam ikan lak..kalo tenggelam bukan nama kukus k..tu nk masak terus..campur asam keping 2 keping dan garam kasar sikit..jangan bnyak sgt garam tu..masin lak ikan tu nnti okey..
nilah rupanya ikan kukus ikan tongkol k..
  • Cara-cara buat sambal lak..
  1. Letak minyak secukupnya
  2. Tumis daun pandan dulu first k..
  3. masukkan cili boh secukupnya..masak biar naik minyak..tau ke tak naik minyak tu apa?
  4. Baru masukkan bawang besar+ bawang putih yang di blendr tu..bawang banyak takpa..nak bagi kuah pekat k.
  5. Nampak bawang dan lada dah garing gitu masukkan gula melaka secukupnya..ti panggil manisan..korang tak taulah panggil apa..letak manisan best sikit rasa dia daripada gula tau..cubalah dalam masakkan yang guna gula tu letak manisan seperti gulai ikan..
  6. Dah gula melaka hancur tu masukkan air rebusan ikan tadi tu yang ada garam dan asam keping..so nanti kuah tu jangan letak garam lak masin okey..rasa dululah..masa kukus ikan tu gram sikit jer letak..boleh la letak garam sikit lagi dalm kuah nnti ni..
  7. masukkan ikan tongkol tu dan bilis sikit k..lagi best..
  8. Dah bagi sambal ni pekat..perasakan okey..sambal nasi lemak nk manis sikit okey..
  9. Dah siap dah boleh makan..
  10. Hiasan bolehla goreng telur dan hiris timun batang,celur kankung dan boleh gak goreng kacang tanah..marvelousss...


SELAMAT MENCUBA YOU ALLLL...

sumber : dapur ummi adeeb cot.cet.




Isnin, 4 Ogos 2014

Resepi laksa Penang

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini dah 9 hari bulan syawal...nak ke citernyer dari hari yg ke 5 duk cari bunga kantan nak buat laksa bukanmain susah lagi...ada yang kata bukan musim dialah..
Bila ada yang jual mahal lak tu...kat area kuala terengganu sampai 7rm ada sebatang youu...mak aiii...bunga kantan di raja apa tu kan...


Kat area Dungun lak boleh tahan lagi Rm 5.00 sebatang..Tapi tak de gak..habisss daaa..
Semalam baru jumpa kat kedai runcit area Paka..Alhamdulillah dah beberapa hari cari tak jumpa..mujurlh tak mahal mne..cuma rm2.50 jer sebatang...sebab semua bahan laksa dah ada beli gaklh..tak mahal mne pun kan..nak makan mahal pun beli gak lah aiii...

Resepi laksa penang versi tak berapa nak penang dari ummi ti ehh..ummi adeeb ni..

Ikan selayang dalam 8 ekor
Bawang besar 3biji,
Lada kering,
Belacan,
Asam keping 12 keping
Bunga kantan 3 kuntum
Daun Kesum
Laksa 2 kilo

Ulam-ulaman

Timun batang
Kobis ataupun salad
Bawang besar
Lada jarum
Telur


cara-caranya..

  1. Rebus ikan selayang dulu..dah masak asingkan isi ikan dan tulang
  2. Blender isi ikan campur dengan air rebusan ikan tadi
  3. Tulang ikan juga di blender skali bagi hancur..tapiskan..masukkan dalam periuk..
  4. blender Bawang besar,belacan,bunga kantan sekuntum dan lada kering
  5. Masukkan dalam periuk yang sama
  6. Masukkan lagi lebihan bunga kantan dan daun kesum dan asam keping
  7. Perasakan...ti biasa perasakan dengan garam,gula dan serbuk perasa.
  8. Didihkan,,daaaa siap...
  9. Hiris halus-halus ulam-ulam tu...yum yum masam-masam gitu..best...







Daaa...ni jer rupa masa atas dapur..yang dalam magkuk ready nk makan xdan nak snap...nilah ti jamu tetamu hari ini...simple jer kan...


Selasa, 25 Februari 2014

Tumis sawi - Menu untuk menggalakkan pengeluaran susu ibu

Assalamualaikum...
Selamat pagi..time ni jam 6.25 pagi..seperti ibu-ibu yang bekerja yang fully bff kat anak mereka,bangun jer pagi mesti melakukan aktiviti pumping dulu kan..Rugi tau ibu tak buat pumping time subuh macam ni kerana time ni rilex dan hormon protaglandin memng tinggi..

Ti yang duk umah jer kejenya jaga anak dan baby selalu ada bersama juga mempunyai masalah kekurangan susu.Jangan duk ingat ti jual suplement shaklee,susu ti mesti banyak...jangan duk ingat macam tu k..suplement adalah perantaraan dan penggalak pengeluaran susu jer. Bila susu berkurang kita mesti memikirkan bagaimana hendak menambah susu kan..

Sini ti nak sharekan salah satu menu yang boleh meningkatkan pengeluaran susu ibu..seperti mana entri ti sebelum ni makanan yang boleh menggalakkan pengeluaran susu ibu termasuklah sawi..

Menu
Tumis sawi bersama bebola ikan

Bahan-bahannya

Ikan selayang/ikan kembung/ikan sardin - 2 ekor
Sawi
Carrot
Kobis bulat
Taugeh
Bawang besar
Bawang putih
Lada Hitam
Air

Cara-caranya
Bawang besar,bawang putih dan lada hitam di tumbuk hingga lumat.
Ikan juga dibuang tulang,di perisi isi sahaja dan di tumbuk..letak sedikit garam halus semasa menumbuk ikan.
ikan di bulatkan di jadikan bebola.
Tumis bawang yang ditumbuk bersama lada hitam
Masukkan air secukupnya,apabila mendidih barulah dimasukkan ikan yang sudah dijadikan bebola. Apabila ikan-ikan tersebut timbul di permukaan air bermaksud ikan tersebut sudah masak.
Masukkan carot dan kobis akhir skali barulah sawi dan taugeh
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika menggunakannya.
Siap.

Nilah hasilnya..Lauk yang cukup khasiat..sesuai untuk ibu yang sedang menyusu dan anak-anak yang perlukan zat harian.

selamat mencuba.

Selama 20 minit pumping ti pagi ni dapatlah 3oz.tapi dengan bantuan adeeb...gambar lupa lak nak ambil..kalut-kalut tadi adeeb duk nak nangis....huhuhu...apabila adeeb menghisap,pengeluaran susu sebelah breast lagi akan meningkat k. So Kalau ibu yang mempunyai baby bersama bolehla pumping time baby menyusu..In Sya Allah dengan bantuan baby susu yang di pam akan banyak..

Hubungi saya,
 siti Natrah Che Kamarudin pengedar sah shaklee anda iD no:1080925
 Hubungi saya di No 013-9721859 atau
 Emel ke natrah4ever@gmail.com atau
 pm ke fb facebook (ctnatrah che kamaruddin)untuk dapatkan harga (RM) setiap set dan sebarang tempahan.


Ti COD ke kawasan Dungun,Paka ,Kerteh dan Kuala Terengganu. Juga menggunakan perkhidmatan pos laju ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

Dapatkan juga konsutasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya pada bila-bila masa anda perlukannya!!.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.