Jumaat, 21 Februari 2014

Menjayakan Penyusuan

Assalamualaikum...Setiap anak yang lahir pasti bertuah jika ibu-ibunya dapat menyusukan mereka saat selepas dilahirkan dan sehingga menjangkau 2 tahun.. Begitu juga dengan ti..Ketiga-tiga anak ti,ti dapat susukan badan sehinggalah ti di sahkan pregnant..Azam ti pada anak ti yang ke 3 ni ti nak susukan sampai umur 2 tahun..In Sya Allah..
Ramai antara ibu-ibu ataupun kenalan yang ti jumpa mereka tidak pasti sama ada nak susukan bayi mereka ataupun tidak..Awas yer setiap apa yang kita fikirkan itulah yang akan berlaku..Sekarang ni zaman Moden..Di hujung jari..antara nak ke tak nak jer..

Sini ti nak kongsikan sumber semulajadi yang boleh menambahkan pengeluaran susu ibu..Semoga ia bermanfaat untuk kawan-kawan yang sedang menyusu dan juga untuk panduan ti yang sedang menyusukan Adeeb

Dalam usaha untuk menjayakan penyusuan banyak faktor yang boleh diambil kira antaranya pemakanan. Ibu-ibu mesti faham konsep bahawa jika ibu sihat dan memakan makanan yang penuh nutrisi,badan akan bertenaga dan pengeluaran susu akan bertambah..

Lobak merah
Boleh di jadikan bahan asas hidangan salad ataupun boleh di campurkan bersama sayur-sayuran lain menjadi menu sayur campur. Juga boleh dijadikan jus untuk di minum

Lobak putih
Sangat sesuai dibuat sup yang dimasak bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dijadikan jus untuk diminum..

Sawi
Sedap dijadikan sayur tumis yang dicampur dengan sayur-sayuran lain

Kucai
Seringkali menjadi bahan masakan yang di campur dengan beehoon,cucur udang dan lain-lain. Boleh juga ditumis bersama tauge dan tauhu menjadi menu sayur.

Pucuk manis
Lazak dimasak sebagai gulai lemak atau tumis air yang dicampur sedikit ikan bilis.

Geti
Bahan ini biasanya dijadikan bahan lemak atau tumis air.

Pegaga
Lazimnya ia dijadikan ulam yang dimakan bersama sambal belacan dan sebagainya.

Peria.
Boleh di celur menjadikan ulam nasi dan juga boleh digoreng kicap dan juga bahan masakan lain.

Jantung Pisang
Boleh juga di celur dan di cicah bersama budu ataupum belacan. Juga boleh di masak Gulai lemak cili api.

HAlba.
Boleh di letakkan dalam masakkan kari ataupun masakan lain  seperti sup,nasi lemak dan nasi dagang. Boleh juga direndam dan airnya diminum begitu sahaja.

Jintan hitam
Anda boleh menggunakan sebagai bahan asas masakan  tertentus eperti sup,masak kicap dan lain-lain

Barli
Selain di buat minuman, anda boleh juga membuatnya sebagai bubur

Oat
Selain  dibuat bubur dan dicampurkan dengan minuman panas, anda boleh menggunakan nya untuk menyaluti makanan goreng seperti ayam, roti dan saebagainya.

Kurma
Ia boleh dimakan begitu saja, ataupun dikisar bersama susu untuk emndapatkan rasa susu yang enak. Boleh juga dijadikan bahan asas kek,pastri dan seumpama dengannya

Longan Kering
Enak dijadikan minuman harian. Anda boleh rebus ia bersama kurma,kismis dan barli. Lebih sedap jika direbus bersama sedikit gula merah.

Tauhu dan Tempe
Digoreng berlada yang di campur dengan sedikit ikan bilis dan kacang panjang. Juga boleh dimasak bersama masakan lain.

Susu
Diminum begitu saja atau dijadikan smoothie dan lain-lain

Keju. 
Boleh menjadi bahan asas masakan seperti kek ,pastri dan sebagainya selain boleh dimakan begitu sahaja,

Kacang Soya
Lazat diminum begitu saja.

#perlu diingatkan bahawa jenis -jenis makanan yang dinyatakan ini hanya berkesan sekiranya anda kerap meransang payu dara mengeluarkan susu. Jika payudara tidak dikosongkan dengan sebaik-baiknya ,maka makanan yang diamalkan ini tidak akan mendatangkan apa-apa kesan. Makanan yang dinyatakan ini juga memberi reaksi berlainan bagi setiap individu. oleh itu cuba terlebih dahulu setiap satu daripadanya bagi mengentahui sama ada ia berkesan ataupun  tidak kepada anda.#

Jika makanan -makanan ini tidak memberi kesan kepada pengeluaran susu anda. Anda perlu menambahkan nutrisi anda dengan memakan suplement yang membantu tubuh anda mencukupkan kandungan nutrisi yang perlu untuk menggalakkan pengeluaran susu.
Disini ti ingin cadangan Suplement Penyusuan Shaklee Mengikut Bajet-Bajet Ibu-Ibu..

SET A



Yang mengandungi multivitamin, B complex ,Vitamin C dan Alfalfa.
Set ini mengandungi multivitamin iaitu pelengkap nutrisi ibu-ibu yang rasa pemakanan harian tidak lengkap.
Juga terdapat alfalfa iaitu milkbooster yang menggalak pengeluaran susu ibu dan juga bertindak sebagai Kacip fatimah bagi ibu-ibu yang ingin menjaga kesihatan badan tanpa mengganggu penyusuan baby anda.

SET B

Yang mengandungi SET A dan ditambah dengan Ostematrix.
Ostematrix amat sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kekejangan dan lenguh-lenguh apabila menyusu. Ini kerana bayi yang menyusu akan mengambil kalsium ibu nya untuk peningkatan tulang,gigi dan rambut. Ibu menyusu yang tidak cukup kalsium akan mendapat OSteoporosis dalam waktu yang muda. Kerana bayi yang menyusu yang tidak cukup kalsium akan menggunakan kalsium tulang ibunya.
Juga amat sesuai untu ibu menyusu yang mengalami sembelit. Ostematrix berfungsi sebagai pelembut najis.

SET C

Mengandungi SET B dan di tambah dengan ESP ( Energizing Soy Protein)..Set c adalah set lengkap ibu menyusu dimana Esp juga sebagai milkbooster iaitu penggalak pengeluaran susu. Esp juga amat sesuai untuk ibu-ibu yang mementingkan penjagaann kulit dan rambut. Singkatannya bagi ibu-ibu yang amat menitik beratkan penjagaan diri.
Juga amat sesuai untuk ibu yang ingin kuruskan badan selepas bersalin.

SET D 




Set C + Lecithin
Full set untuk penyusuan dan bagi ibu-ibu yang inginkan bentuk badan ideal selepas berpantang. 
Lecithin adalah pengemulsi lemak-lemak degil yang ditinggalkan semasa hamil. Ia juga banyak membantu perkembangan otak bayi.


Hubungi saya,
 siti Natrah Che Kamarudin pengedar sah shaklee anda iD no:1080925
 Hubungi saya di No 013-9721859 atau
 Emel ke natrah4ever@gmail.com atau
 pm ke fb facebook (ctnatrah che kamaruddin)untuk dapatkan harga (RM) setiap set dan sebarang tempahan.


Ti COD ke kawasan Dungun,Paka ,Kerteh dan Kuala Terengganu. Juga menggunakan perkhidmatan pos laju ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

Dapatkan juga konsutasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya pada bila-bila masa anda perlukannya!!.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan