Memaparkan catatan dengan label -master 2014/15. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label -master 2014/15. Papar semua catatan

Selasa, 11 November 2014

Kami PIlih SHAKLEE

Assalamualaikum w.b.t..

Apa khabar uolls semua..sihat-sihatlah hendaknya kan...Hari ni ti nak ceritalah sikit KENAPA RAMAI SANGAT yang jadi ahli shaklee dan kenapa diorang pilih untuk menjadi pengedar...pengedar macam kasar jer ayat..DISTRIBUTOR..mesti ramai kan pernah lihat DISTRIBUTOR in shaklee ni...

APA FAEDAH YANG KAMI DAPAT?
  • Bagi yang belum punya ahli dibawahnya dipanggil pengedar.  Pengedar dapat membeli produk dengan harga DN..iaitu 20% lebih murah dari harga JUAL.
  • Bonus peribadi akan diberikan oleh shaklee jika layak iaitu beli dan dapat kumpul uv 150 dan lebih.
  • Boleh menaja orang lain dan dapat menyertai program tajaan ANTARABANGSA
  • Boleh menghadiri acara tajaan syarikat untuk para pengedar.
  • Jika jumlah uv dapat dikumpulkan sebanyak 3000uv akan dinaikkan pangkat ke 
  •  
  • SUPERVISOR.
  • Supervisor akan diberikan bonus kepimpinan dan akan dibayar oleh shaklee seperti selayaknya
  • Bonus program insentif Istimewa juga akan dibayar oleh shaklee
  • Boleh menyertai Program subsidi Kereta Shaklee
  • Dapat menyertai seminar,persidangan dan konvesyen
  • Dapat pengiktirafan peribadi dalam penerbitan Shaklee,Majlis penganugerahan dan konvesyen
SUSAH KER NAK JUAL SHAKLEE ni?
  • Sebenarnya kan apapun pekerjaan yang kita tidak minat akan jadi susah tau..so bagi pandangan tilah..kita kena cinta dulu apa yang kita nak buat..
  • Bab susah tu..semuanya atas usaha kita..dan kita LETAKKAN ALLAH no 1...
Kami ada group yang akan support each other untuk naikkan semangat kita untuk lebih berjaya.
Kami ada mentor yang sudah berjaya dan tugas kita hanya ikut sahaja apa yang diorang dah buat dan berjaya..IN SYA ALLAH kejayaan milik kita.

Berminat nak tau bagaimana CINTANYA kami kat produk ni dan kami letakkan ALLAH no 1..JOmlah join kami...sure takkan menyesal..yang dulunya solat akhir waktu,SEKARANG mesti takut nak solat LEWAT tau..bukan takut kat LEADER tapi kat ALLAH...


CALL / WHATSAPP jer ti k  013.972.1859.

Isnin, 22 September 2014

Discussion group Shaklee

Assalamualaikum w.b.t.
Saat ni jam sekarang time 11:57pm..mesti ramai dah tido tapi ada gak yang belum tido..blogger-blogger mesti blogwalkingkan..huhu..
Ti ni letih sangat kut siang hari...malam kalau menyusu ADEEB jer mesti tertido skali..alamatnya banyaklah kerja tertunggak tu..
Tengah masuk discussion group tu tertido..malu betullah..perbincangan macamana nak post dalam facebook dengan cari dalam google guna 2 kata kunci..Kadang-kadang ada gak mari buntu
 macamana nak post dalam facebook ni..duk stroll jer Facebook dari atas sampai bawah tup-tup tak post..huhu..kalau nk berjaya JANGAN MALAS k..
Paksa diri..sekarang ni ti nak paksa diri nak update blog tiap-tiap hari..ada tak kawan-kawan tau nk download apa yer nak update guna phone?
Sekarang ni ti update guna phone..kalau terabur tu maaflah yer..ti nk buat setiap ayat tu ti nak letak gambar..tapi yang ni tak boleh..gambar kat bawah jer..ada cara tak otai blogger..
Ni contoh yang kami belajar mal ni dalam group k..
USAHA+SABAR dan resultnya jeng jeng jeng..

Isnin, 2 Jun 2014

IKUT KATA HATI...IN SYA ALLAH

Assalamualaikum w.b.t

BUKAN SENANG nak senangkan?dan bukan susah pun nak susahkan?Tetiba jer terkeluar macam ni..semua ni kerana NAK BERJAYA!!!!...

Ti suri rumah yang ada 3 orang anak kecil..tapi ti ada matlamat yang besar iaitu nak bantu IBU kat kampung..ya memang apabila kita dah kahwin tanggungjawab kita sepenuhnya kat husband..TAPI bila teringatkan bagaimana mereka membesarkan kita sampai masuk universiti..tapi bila kita dah hbis belajar gataiii nak kahwin..so sekarang mereka tidak merasai pun sedikit duit dari titik peluh kita seperti mana mereka keluarkan keringat mereka untuk besarkan kita...

YA ALLAH sedih sangat bila teringatkan parent ni..terutamanya ibu ti..ibu dari pagi sampailah ke malam buat keje tak berhenti..kadang-kadang tu sedih sangat bila ibu luahkan kekurangan duit untuk bayar itu bayar ini..tapi ti mampu dengar dan senyum jer..sampai bila???sampai bila??

Sebab tu ti nekad nak buat bisnes yang boleh bantu keluarga ti terutamanya IBU...ti nak hulurkan sesen dua walaupun tak banyak tapi boleh meringankan beban ibu. IN SYA ALLAH..semuanya dengan izin ALLAH..

google punya google ti terjumpalah ini...
ti buat ni sebagai wall paper ti hp..baca jer..dan buat ti bangkit..ti nak buat bisnes tapi dengan keadaan ti sekarang yang ada anak kecil,abang-abang yang nakal memang ti tak boleh nak pergi kerumah orang..so apa yang ti boleh usahakan adalah dengan bisnes online..

first step yang ti buat adalah tukar kad maybank lama ke maybank baru..done..selesai langkah pertama..
langkah ke dua ti buat page...dan buat online bisness..time anak tidur malam barulah ti duk mengadap laktop ni..YA TUHAN cipta kita penuh dengan keistimewaan,mesti ALLAH dah tetapkan yang ti mampu buat online daripada offline..

FB ads dah selesai..bila nak buat pembayaran,asyik deaclined..pergi balik bank tanya kenapa,pihak bank kata takde masalah..pastu pihak bank bagitahu kalau nak buat pembelian online kena register online kat maybank dulu..aduiii kenapa tak bagitahu masa buat kad tu..padahal masa buat kad tu diorang dah tanya kenapa nak tukar,dan ti dah bgtau nak buat belian online..takde lak bagitau..takpe think positif..kalau tak jadi macamna ni ti takkan tau kan..alhamdulillah..boleh belajar perkara baru.

KOL bebas tol 1300 88 6688,buat pengesahan dan tetapkan limit dan register online luar negara..buat sekali lagi pembayaran fb ads barulah boleh..hahaha...

ALhamdulillah step ke 3 dah selesai..jadinya berdoa dan tunggulah kan..semoga ada rezeki ti melalui online..semuanya kerana ALLAH..

ok gud nite uollsss....

Ahad, 2 Mac 2014

Kelas menjejak master shaklee 2014/2015

Assalamualaikum w.b.t...

01 march 2014 adalah cycle baru bagi team shaklee..Syukur sangat-sangat Allah izinkan ti hadiri kelas ilmu tersebut..Memng sangat bermanfaat buat ti..Terharu pun ada..Pada para peserta yang hadir pada kelas tersebut di cabar untuk capai master habis cycle ini..

Dan ti sahut cabaran tersebut..ti ingin buktikan pada suami ti dan kepada master ti,master wan muliani yang dia tak silap pilih orang..Ti tak akan kecewakan dia..In sya ALLAH..ti yakin sangat Ti ada Yang Maha Pemberi dan Maha Esa yang boleh bantu ti..dengan usaha ti In Sya ALLAH ada kejayaan..

Sini ti nak ceritalah sikit mengenai kelas yang ti join tu..Alhamdulillah master yang hadir langsung tak lokek nak curahkan ilmu..itulah yang dinamakan leader yang berjaya..berjaya memimpin kami ke arah kejayaan..sedikit pun mereka tiddak kedekut ilmu..ti sangat bersyukur berada di bawah group jutawan ni..Alhamdulillah...suatu hari nnti ti sangat yakin ti pun akan berada di tempat mereka sekarang..
Mereka ajar kami bagaimana nak berjaya dan perniagaan MLM shaklee ni..tapi bukan sama dengan MLM yang lain..shaklee akan berikan kepada ahli yang betul-betul commitment dengan jualan dengan banyak manfaat dan faedah..
Antara manfaat yang akan kami dapat adalah cash,car dan covention,tiap-tiap bulan hasil uv kami akan dikira dan kami akan di beri BONUS...bonus akan dikira mengikut jumlah uv yang dikumpul..paling kecil 5% dan paling besar 21%...selain dari bonus personal yang anda kumpul,bonus dari anak-anak buah yang berada di bawah anda pun anda akan dapat tempias nya..

Subsidi kereta pun shaklee bagi youuuu...bolehla you dapatkan kereta impian youuu..porse ker?

convention tiap-tiap tahun akan di adakan..tahun ni depa yang bertuah akan ke itali..aduiii....masa ti pun akan tiba..tapi ti kalau diberi pilihan kelak ti ingin pilih UMRAH..tempat yang semua orang mahu pergi..betul tak????

dengan bnyak manfaat yang akan di dapat ni...nak sangat rasa nya nak kongsi dengan orang lain..senang nya menjemput rezeki..dalam group jutawan ini,kami di ajar mendekatkan diri kat Maha Pencipta..honestly ti bagtau sebelum ni ti xpernah kenal dengan solat dhuha,tahajud lagilah tak pernah buat..dulu time belajar biasa buat solat hajat jer nak mintak lulus periksa..hahahah..sekarang lagi mencabar..semua solat ti buat..tenang sangat rasaa....betul...you all cubalah tak kan menyesal..sebab tu ti suka berada di bawah group jutawan ni.mulut ti ni kalo duk saja rasa ada yang tak kena..so berzikirlah hari-hari..sambil duk wat keje umah tu..ti akan sebut YA WAHHAB maksudnya maha pemberi..3000x sehari..kalau kita selalu ingat kat DIA,DIA lagilah ingat kat kita..YAKIN...dan selalu berfikiran positif..apabila duk mikir negatif tu cepat-cepat istigfar....seronokkan???solat yang sebelum ni xpernah kenal sekarang dah amalkan,..

huh nak citer memang takkan habis...banyak sangat yang kami di ajar...kalo nak tahu lebih terperinci..bolehla kol ti suka-suka tanya..ti ni suka berkawan dan suka bercerita..hhahahaha...

pertama kali tau ti tinggalkan adeeb..mujurlah ALLAH permudahkan urusan ti..adeeb tidak buat hal..kalo tak susah gak ti nak p kelas tu..ALHAMDULILLAH..terima kasih gak kat my lovely husband dan adik ipar ti yang  tolong jagakan anak-anak..kalo tak memng susah ti nk nuntut ilmu ni.....

4jam duk dalam kelas..dan 4 jam gak xde pengeluaran..breast ti bengkak dan sakit sangat..pastu kepala ni duk fikirkan adeeb jer..rehat jer ti baliklh bagi kat adeeb..belah kanan adeeb hisap..belah kiri ti pump..hasil pumping ti dapat 6oz...bila dua-dua ada ransangan ,pengeluaran memng mantoppp....tak caya leh cuba sendiri...

oklh...setakat ni dululh..letihla menulis...yang sudi baca thanks yer...sudi-sudilah tinggalkan komen dan boleh berkenalan..huhuhu...