Isnin, 26 Mei 2014

Atasi Kembung Anak Kecil

Assalamualaikum w.b.t

Tertiba jer tak tahu nak tulis apa..hahaha boleh ke macam tu..tapi rasa nak tulis gak..so teringatlah semalam adeeb merengek..serba tak kena,bagi susu pun menangis lagi..bagi tido meniarap barulah senyap..so nilah salah satu petanda yang adeeb kembung perut semalam.

Kalau anak kita kembung,dengan kita skalilah kan tak boleh tido..Apa yang ti buat ti urut labu betis dia..n then letak minyak yuyi..pastu bagi dia tido meniarap..barulah dia lega..
ni gambar adeeb masa umur 3 bulan

Anak kembung ni bnayak faktor..adeeb dah 8 bulan,so ti dah suap dia makan..entah makanan apalah yang menyebabkan adeeb kembung ni..kena ingat baliklah apa yang dah masuk dalam perut adeeb semalam.. tak pun apa yang ti makan..bila anak menyusu badan ni,ibunya kenalah hati-hati bab makan..kalau makan yang sejuk-sejuk nanti anak sakit perut ataupun kembung perut lakkan..
ni adeeb umur 7 bulan

sini ti ada copy cadangan dari homemakers iaitu cadangan meredakan kembung perut anak..maybe kita boleh sama-sama praktikkan..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penawar Bagi Kembung Perut

by Nor Afzan Mohamad Yusof

TANGISAN anak adalah penawar dalam kehidupan sesebuah keluarga, namun pernahkah anda mendepani keadaan bayi menangis tanpa henti sehingga binggungkan?

Puas amalkan petua orang tua, menyapu kunyit pada dahi tetapi si kecil tetap melalak. Mandi, disuap makan sehingga dibelek dan disapu minyak seluruh badan namun si manja tetap sama.

Tetapi apabila ‘ketuk’ sedikit perut kecil si manja, kedengaran seperti bunyi agak asing, rupanya terkena kembung perut, alahai!

“Bayi tidak boleh bercakap. Jadi satu-satunya cara untuk bayi berkomunikasi ialah dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Menendang dengan kaki, menggapai dengan tangan, memusingkan kepala dan menangis dengan nada dan suara yang berlainan adalah antara ‘perkataan-perkataan’ yang digunakan oleh bayi.

“Ibu bapa hanya boleh bersabar dan belajar mengenali makna tangisan yang berlainan ini dan memberikan perhatian yang perlu dan sewajarnya. Kita perlu menangani segera masalah yang menyebabkan bayi menangis walaupun ramai yang berpendapat perhatian yang berlebihan akan menyebabkan mereka terlalu manja. Ia sebenarnya dapat membantu perkembangan mental bayi dan memastikan mereka merasakan dunia ini selamat dan tidak membawa kejutan,” katanya.

Bayi yang mengalami kerengsaan akibat angin dalam perut atau kembung akan menangis teruk tanpa sebab dan keadaan ini berulang setiap hari, biasanya pada lewat petang atau awal malam.

Punca sebenar kembung perut tidak diketahui tetapi antara faktor yang mungkin menyebabkannya ialah sistem penghadaman bayi yang belum matang, hormon dalam susu ibu dan pengambilan susu secara berlebihan.

Masalah ini lebih kerap dialami bayi baru lahir berusia antara dua minggu dan enam bulan tetapi boleh berterusan hingga mereka berusia dua tahun atau lebih.

Untuk memastikan sama ada bayi mengalami sakit perut akibat angin atau kembung, ibu bapa perlu memeriksa sama ada perut bayi lebih keras atau lebih tegang daripada biasa, kelihatan menggelembung atau mengeluarkan bunyi lompong apabila diketuk dengan jari.

Bagaimana cara untuk menenangkan bayi yang mengalami sakit perut akibat angin atau kembung dan menghentikan tangisannya? Anda boleh mencuba beberapa cara yang dipercayai oleh ibu dan sudah terbukti dapat meredakan kesakitan dan tangisan bayi.

* Sendawakan bayi secara lebih kerap. Bayi menelan angin apabila menghisap susu menyebabkan angin berkumpul dalam perut dan menimbulkan kerengsaan. Cuba sendawakan bayi setiap kali anda menukar puting jika anda menetekkan bayi atau selepas bayi menghisap dua hingga tiga auns susu formula bagi bayi yang menyusu botol. Ibu bapa berlatih menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk mensendawakan bayi :
  • Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.
  • Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.
  • Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.
  • Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.
  • Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.
  1. Bawa bayi anda bersiar-siar di taman
  2. Tukar pemakanannya. Cuba kurangkan makanan yang boleh menyebabkan angin atau mengembungkan perut bayi.
  3. Mainkan muzik perlahan, kurangkan cahaya lampu dan bunyi televisyen
  4. Biarkan bayi mendengar bunyi yang berulang seperti bunyi pembersih vakum atau mesin basuh
  5. Tuam atau tekap perut bayi dengan kain hangat atau botol air hangat
  6. Dukung bayi sambil mendodoi atau menyanyi perlahan.

Sumber Dari www.bharian.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan