Rabu, 5 Oktober 2016

Punca susah untuk mengandung

Tak sangka,Allah bukakan lagi Pintu hati ni nak menulis semula. Lama bebenor rasanya Umi Tie tak menulis kat blog.


Umi Tie rasa nak share bab kesuburan sekarang ni. Rupanya banyak sangat kes yang tak dapat hamil. walaupun dah kahwin lebih pada setahun.
Umi Tie faham sangat macamana perasaan tu. Umi Tie sendiri pernah rasainya masa mula-mula kahwin haritu.

Segan nak jumpa orang luar. Kadang-kadang tu diorang tak nak tanya pun. Tapi naluri kita ni sebagai seorang perempuan mesti rasa malu bila dah kahwin lama pun masa tak pregnant pregnant pun kan.
Macam-macam ikhtiar masa tu tau. Berapa duit dah keluar tu tak terbilang pun. Asalkan orang bagitahu bagus ikhtiar untuk anak mesti cuba.

BETUL KAN?

Tolonglah,tolonglah jangan salahkan si isteri jika korang dah kahwin lebih dari setahun,tapi korang belum kurniakan zuriat lagi. Kadang-kadang tu bukan disebabkan si isteri jer masalah ini semua.
Dan disebabkan itulah si suami kena buang egonya untuk buat checkup juga sama dengan si siteri. Buat Checkup kesuburan.

Sini Umi TIe nak kongsikan dulu 5 pemasalah yang biasa si Isteri hadapi sehingga susah untuk pregnant.




  •  Fibroid.


Bila tengok gambar ni. Ngerinya rasa. Mesti perut wanita yang ada fibroid ni besar macam mengandung. Fibroid juga menjadi salah satu punca masalah kesuburan . Tetapi tak semua wanita yang menghidap fibroid ni tak boleh hamil tau.
Kesuburan si pesakit fibroid ni bergantung kepada bilangan, posisi dan saiz fibroid tu sendiri. Fibroid yang mempunyai lapisan yang besar sahaja yang mengalami masalah susah hamil.
Ini kerana, ia akan menyumbatkan salur fallopio.
Fibroid ini satu ketumbuhan yang berasal dari rahim. fibroid membesar dan boleh menghimpit pundi kencing.

Simptom - simptom Fibroid ni


  1. Wanita yang mengalami pendarahan yang panjang semasa haid
  2. Sakit semasa haid SENGGUGUT
  3. Sakit dibahagian perut semasa melakukan hubungan dengan suami
  4. Wanita yang mempunyai perut yang buncit, rasa tak selesa pada abdomen dan rasa kejang pada abdomen bawah
  5. Wanita yang mengalami sembelit akibat tekanan fibroid terhadap salur najis
  6. Kerap buang air kencing akibat tekanan fibroid pada pundi kencing
  7. wanita yang sering keguguran dan mengalami masalah sukar hamil.
  • walaupun simpton simpton ini ada pada seseorang, tak bermakna si isteri mempunyai masalah fibroid. Pemeriksaan yang lengkap seperti pemeriksaan ultrasound dan CT scan abdomen dapat memberi dignose yang lebih tepat

  • Endometriosis
Uterus ataupun rahim dilitupi dengan lapisan tisu yang dipanggil Endometrium. Tisu endo tumbuh hanya di bahagian rahim, tetapi kadang kala ia tumbuh di luar rahim. Biasanya dalam organ-organ pembiakan ovari , tiub fallopian atau dalam kes yang jarang berlaku. Ia tumbuh pada usus kecil, dubur atau pundi kencing. Keadaan ini yang dinamakan Endometriosis.

Simptom - simptom Endo ini adalah seperti
  1. Sakit pelvis yang teruk
  2. Senggugut yang sangat teruk
  3. Sakit ketika membuat hubungan kelamin
  4. Sukar untuk Hamil
  5. Sakit semasa ovulasi
  6. Darah haid yang keluar banyak ataupun tidak normal, seperti keluar hanya tompok-tompok sahaja
  7. Sakit ketika membuang air besar, cirit-cirit, sembelit ataupun masalah usus yang lain semasa kedatangan haid
  8. Sakit membuang air kencing ataupun kerap membuang air kecil semasa datang haid
  9. Lesu.
  • Doktor boleh menilai simptom-simptom ini dengan  menjalankan pemeriksaan pelvis untuk mengesan sista, kebengkakan yang tidak normal atau penebalan pada bahagian pelvis. Ini lebih mudah dilakukan  semasa anda sedang datang haid.

  • HORMON DAN HAID

HORMON DAN HAID salah satu punca kenapa seseorang wanita tak dapat hamil.
Pada seorang wanita. Keseimbangan hormon adalah berkait rapat dengan kitaran Haid. Dan kebiasaanya haid terjadi selepas ovum matang yang berpotensi disenyawakan dilepaskan setiap bulan.
Apabila haid tidak teratur juga, seseorang juga akan mengalami beberapa masalah lain. Antaranya;

1- Mudah untuk dijangkiti penyakit
2- Rambut Kusam dan Gugur
3- Tubuh menjadi Kurang bertenaga dan cepat penat
4- Kulit wajah nampak tua, kusam dan tidak bermaya
5- Daya ingatan menjadi semakin lemah
6- Berat badan akan naik mencanak- canak.
Dan hormon ini juga disebabkan oleh beberapa faktor.


Antaranya;
1- Kegemukkan
Kegemukkan yang obese ataupun berat melebihi berat ideal. Seseorang akan mengalami ketidak seimbangan hormon estrogen dalam badan.
2- Terlebih hormon prolaktin
Kebiasaannya, hormon prolaktin yang tinggi semasa menyusukan. Hormon prolaktin ini penting untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu. Oleh itu sepanjang penyusuan hormon seseorang ibu akan terganngu dan mempunyai kitaran haid yang tidak teratur juga.
3- Mengambil Pil pencegah kehamilan.
Pil ataupun ubatan mencegah hamil seperti depo- povera ataupun Implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang Tidak langsung datang haid sepanjang menggunakan implanon. Ini akan menyukarkan pengiraan hari subur seseorang.

Faktor ke 4.
  • Kerosakkan Tiub Fallapion
Saluran fallopion adalah organ penting dalam sistem reproductif wanita.  
Ada lagi 2 punca bagi perempuan. Next entri deh. yang dah ada rasa macam simptom simptom kat atas tu. better g check tau. sayangilah keluarga kita k.

3 ulasan:

  1. TQ atas info... skrg ni selalu sgt jadi wanita susah nak mengandung kan.. klu tau punca2 nya boleh lah kta ambil apa2 tindakan...
    *salam kenal ya, follow #68

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima Atie sudi jalan2 kat sini.

      Padam
    2. rindu nak mencim baby lagi... thanks natrah atas kunjungan balas..keep in touch ya :)

      Padam