Lamanya ti tak coret-coret kat sini..bukan setakat bersawang-sawang dahni...dah tak nampak rupa rumah dah pun..huhuhu...
Ti nak kongsikan sikit soalan yang biasa ti dapat dari ibu-ibu menyusu ni..Antaranya..
"kak...kenapa ya anak saya macam tak kenyang jer...baru jerlepas mengempeng dah nak lagi...bila tido jer sekejap-sekejap jer..asyik terjaga jer..perlu ker saya suap makan"
Mommies ingat ya..jangan bagi anak makan lagi sebelum usia dia tak masuk lagi 6 bulan...ada sebabnya bukan saja-saja jer..
Lagi-lagilah dalam 44hari berpantang tu..baby asyik nak menangis jerkan...Ada yang baby suka tidur masa dalam pantang ni sebab terkena jaundise..lepas habis tempoh jaundise tu mesti baby ni ada yang jenis nak menangis jer...
Mesti dikalangan kita ni mak or makmertua yang jagakan..Mesti ada kan diorang kata macam ni...
"anak ko lapar tu...cuba bagi susu formulalah,susu ko tak cukup"
ataupun
"anak ko lapar ni..cuba bagi nestum sikit..buat cair-cair jer letak dalam botol"
Bukan semualah parent kita macam nikan..sebelum kita hentam mereka ni..baiklah kita fahami dulu bagaimana keadaan perut anak kita ni...
Perut baby yang baru lahir sebesar guli sahaja...kecil kan...sudah tentulah pada masa ni susu ibu pun sikit-sikit jer yang keluar..Jangan bimbang, bagi jer anak kita hisap sebaik sahaja dia keluar..memang dah ada rezeki untuk dia..
Pada awal kelahiran..hanya kolustrum yang akan keluar...mommies mesti dah tau kan macamana rupanya kolustrum tu...Tu adalah susu yang paling MAHAL sekali tau dalam banyak-banyak susu...So jangan terlepas k untuk susukan anak kita sebaik saja dia lahir..
Baby yang baru lahir menangis lepas disusukan bukan kerana dia masih lapar or tak cukup susu..tapi dia nak kan kita..cuba bayangkan selama 9 bulan 10 hari dia berada di dalam perut kita..ketat jer..dia rasa selamat ja..dengan keadaan kat luar yang masih baru tulah yang buatkan dia asyik menangis...Harap-harap mommies think positif k...
Peluk dia...dia nak rasai kehangatan kita...(panjang lak mukadimmah ni..huhuhu)
Kalau kita sukat banyak tu jer yang anak kita perlukan...nampak kan gambaran diatas...sikit sahaja..
credit to.. babiesfirstlactation.com atas gambar di atas.
HINDMILK & FOREMILK..
Foremilk atau dikenali dengan susu dipermulaan breast kita...susu pertama yang akan baby kita dapat adalah susu cair yang dikenali foremilk ni...foremilk ni terdiri dari kandungan air yang banyak..jadinya baby akan dapat menghilangkan dahaga apabila minum foremilk..Foremilk terdiri dari kandungan protein dan laktosa...
Jika baby kita alah kepada kandungan laktosa..baby akan selalu dapat kembung dan akan kerap meragam dengan keadaan perut yang berasid akibat penapaian laktosa dalam foremilk tersebut..
Bagi ibu yang perasan bahawa perut anaknya yang sensitif terhadap laktosa,dinasihatkan pam keluar dulu sedikit susu foremilk ini..untuk elakkan baby kembung dan meragam..
Hindmilk pula susu yang terdapat dibelakang sekali kandungannya selepas foremilk...Dalam hindmilk ni ada banyak kandungan lemak dan kalori untuk pertumbuhan berat badan bayi..Dan warnanya kebiasaan lebih pekat dari foremilk.
Salah satu kenapa bayi yang hanya susukan badan tetapi berat tidak naik adalah kerana kekurangan ataupun tidak mendapat HINDMILK sepenuhnya dari penyusuan.

Hindmilk akan nampak lebih pekat daripada foremilk kerana kandungan lemak dan nutrient yang tinggi. Bayi yang mendapat keseimbangan foremilk dan hindmilk tidak akan ada masalah dalam peningkatan berat badannya..Dan hindmilk ni hanya akan diperolehi sianak apabila kandungan foremilk sudah habis.
Antara beberapa ciri-ciri yang kita boleh ketahui bagaimana anak kita kurang mendapat HINDMILK:
Untuk mengatasi masalah anak tidak cukup atau tidak mendapat hindmilk sepenuhnya adalah
Antara beberapa ciri-ciri yang kita boleh ketahui bagaimana anak kita kurang mendapat HINDMILK:
- Najis baby berwarna hijau dan ada yang berbuih..Bila berbuih maksudnya baby terlebih laktosa dalam susunya
- Bayi kerap terjaga dari tidurnya..
- Bayi kerap tidak kenyang dan asyik hendak menyusu
- Perut baby kerap kembung
- Berat badannya naik sedikit sahaja setiap bulan.
- Bayi selalu terkena napkin rash akibat najisnya yang berasid
- Najis yang berdarah
Untuk mengatasi masalah anak tidak cukup atau tidak mendapat hindmilk sepenuhnya adalah
- Mesti kerap kosongkan breast...kerana breast yang penuh akan dipenuhi dengan FOREMILK.
- Hanya menyusukan sebelah breast sahaja sampai betul-betul kosong..TIDAK menawarkan atau menukarkan breast apabila anak sedang menyusu. Ini akan menyebabkan baby hanya akan dapat foremilk sahaja.
- Ibu mengepam breast sebelah lagi mengikut cara TANDEM PUMPING..untuk mengelakkan breast penuh.
- Untuk mendapatkan keseimbangan FOREMILK DAN HINDMILK pastikan ibu cuba selang selikan penyusuan antara payudara dalam tempoh 24 jam.
"PENYUSUAN ITU MUDAH "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan