Sabtu, 1 November 2014

Vitamin cepatkan LAPAR..Kenapa??

Assalamualaikum w.b.t..

Lamanya ti menyepi..dah bersawang-sawang blog ni..mujur ada lagi mop pnjang nak lap semua sawang-sawang ni..hahaha...

Hari ni ti nak share pasal MAKAN VITAMIN JADI GEMUK
Uoollsss rasa betul tak??Ramai jugalah orang yang ti jumpa bila diajak ambik suplement...soalan first yang ditanya...boleh gemuk tak ni???alahai....kalao makan non stop pun gemuk gakkan..hehehe..gurau yer..

KENAPA YER KITA CEPAT LAPAR?

  • Apabila kita minum banyak minuman manis kerana minuman manis boleh menipu otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak lagi.
  • Kerap makan makanan bertin..Kerana makanan bertin mengandungi bahan kimia seperti Phonel-A ataupun BPA yang boleh pengaruhi hormon LEPTIN.
  • Sarapan Pagi yang tidak mencukupi. Kajian menunjukkan individu yang mengambil 300 kalori ketika sarapan akan meningkatkan penambahan berat badan sebanyak 2 kali ganda berbanding individu yang bersarapan 500 kalori.
  • Tidak makan sayur kerana sayuran mengandungi pelbagai serat,anti-oksida dan nutrien yang membantu badan merasa kenyang lebih lama
  • Kurang minum air putih (plain water)..Orang dewasa perlukan 8 gelas air ataupun sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Kekurangan air akan menyebabkan kita makan dalam kuantiti yang banyak.
  • Kebosanan juga akan mempengaruhi perasaan lapar.

Ada customer ti datang bagitau..ti kenapa yer sejak kebelakangan ni saya cepat lapar..nak makan jer rasa mulut ni..

Biasanya kan VITAMIN B yang dikaitkan dengan selera bertambahkan..BETUL TAK?ini adalah kerana FENOMENA metabolisme meningkat selepas kita ambik vitamin ni..

Contohla kan...Kalau kita dahaga sangat-sangat..apa akan kita buat?mestilah kita minum air bnyak-banyak sampai puas hati kan...bersungguh-sungguhla minum..BETUL tak...

Macam tu gaklah badan kita..Jika kita kekurangan sesuatu vitamin dalam badan..contohnya kita kekurangan VITAMIN C,dan hari tu kita ambik vitamin C...Then bila kita makan jer vitamin c tu,badan akan gunakan secukupnya vitamin c itu untuk baik pulihkan sel-sel badan yang kita sendiri tak tahu kat mana rosak.

Proses pemulihan sel-sel memerlukan tenaga,secara tidak langsung ini akan meningkatkan metabolisme..Jadinya bila metabolisme kita meningkat,Badan akan memerlukan makanan sebagai bahan bakar...dan apabila bahan bakar dah habis,otak akan dapat signal yang kita dalam keadaan lapar..

SAMPAI BILA FENOMENA NI?
  •  Fasa ini akan BERAKHIR,semuanya bergantung kepada individu..kesimpulannya kita mesti bersabar..
Apapun ti nak ucapkan TAHNIAH kepada yang merasai semuanya ini...sebabnya sini kita tahu apa yang badan kita kurang..



 Tips kurangkan LAPAR
  1. Ambik snek sihat waktu makan utama contohnya buah-buahan atau kekacang dan minuman yang tidak menggemukkan ataupun Indeks glisemiks yang rendah.
  1. Minum air kosong yang secukupnya..kalau lapar minum air..
  2. Makan makanan yang berkualiti ketika waktu makan utama seperti NASI.





3 ulasan:

  1. Ramai orang yang skip breakfast konon2nya nak diet...
    Which is absolutely not right.

    BalasPadam
  2. Ada pula yang makan breakfastnya terlajak banyak pulak..
    Nasi lemaklah, mee kari, roti canai dsb.
    Wasatiah lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam shikin..ha"a kan..orang ada ilmu jer berjaya dalam diet ni...ramai sangat yg xfaham kan...thanks shikin

      Padam