Petua bagi ibu menyusu di bulan puasa..sebenarnya artikel ni ti baca kat blog mamiraysa tetapi ti tak jumpalah plop page dia..so sini ti kongsilah serba sedikit apa yang mamiraysa ni share kat blog dia..maaf banyak-banyak yer mamiraysa ti xjumpa dah page yang ti baca tadi..
apa yang ti boleh share dari blog mamiraysa ni bekernaan PETUA IBU MENYUSU BAYI DI BULAN RAMADHAN. Katanya petua ini diambil dalam majalah mami&baby edisi ogos 2010. Tulisan oleh kaunselor Laktasi,Zatul-Hijanah Ramzi..
Petua ini sangat senang diamalkan oleh mommies-mommies tak perlukan kos yang tinggi pun..asalkan kita YAKIN k..
- Masa nak makan nasi sahur tu, gumpal nasi sebanyak 3 ketul. Gumpalan pertama di bacakan surah al-ikhlas sekali sahaja. Kemudian makan gumpalan nasi tersebut. Ulang seperti langkah pertama,ambil gumbalan kedua plak dan baca surah al-ikhlas dan makan..buat juga untuk gumpalan ketiga. (Masa sebelum makan gumpalan nasi ini, niatkan di dalam hati mohon kepada ALLAH berikan kita kekuatan untuk berpuasa dan menyusukan anak serta kurniakan susu yang cukup untuk anak kita sepanjang puasa). Bila dahhabis 3 gumpalan itu,bolehla makan nasi berikutnya seperti sediakala.
- Lepas makan sahur,makan buah kurma sebnyak 7 biji. Setiap biji yang kita hendak makan bacakanlah selawat ke atas nabi sebnayak 1 kali. Baca selawat sekali dan makan sebiji..buat sehingga 7 biji. so 7 kalilah kita akan selawat (seperti diatas sebelum makan tu niat untuk diberi kekuatan dan susu yang banyak untuk anak kita)
Selain daripada petua diatas,penulis turut menyarankan ibu-ibu supaya menitik beratkan ini:
- Jangan tiggalkan SAHUR!! Sabda Rasulullah s.a.w,bersahurlah kamu sesungguhnya sahur itu mengandungi keberkatan (Hadith riwayat Al-Iman Bukhary dan muslim)
- Cuba minum air yang secukupnya sama ada berbuka mahupun bersahur
- Mohon kepada Allah agar susu tetap cukup untuk bayi dan kita tetap berupaya untuk melakukan kedua-dua ibadah ini,menyusu dan berpuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan