Rabu, 15 Februari 2017

Bagaimana nak tingkatkan selera anak

Tengok anak-amak berselera makan adalah anugerah tak terhingga buat mak-mak kan.
Assalamualaikum warohmatu Allahiwabarokatuh. 

Ti nak cerita pasal anak yang kurang makan ni. Bukan Tie sorang rasanya ada masalah macam ni. Ramai kan yang ada masalah yang sama. Rata-rata kawan-kawan Tie mesti megeluh anaknya kurang nak makan ni. Kalau yang hisap susu tu, alhamdulillah ada juga khasiat yang dia dapat. Tapi jenis yang tak minum susu, tapi makan pun tolak nilah yang risau sikit kan.

Korang rasa kenapa diorang tak nak makan?

Soalan ini lah yang buatkan kita mak-mak tertanya-tanya. Kadang-kadang tu rasa nak menangis bila anak tak nak makan ni. Tie lah tu, tak kata kat orang tau.

Apabila baca artikel pasal selera makan ni, bincang dalam group diskusi pasal selera makan, banyak sangat berkaitan dengan nutrisi. Antara nutrisi yang sangat mempengaruhi selera anak-anak kekurangan b complex.

B complex ini berfungsi memelihara nafsu makan yang sihat. Kekurangan Vitamin B ini dalam badan anak akan menyebabkan selera makan anak akan menurun ataupun berkurang.

APA YANG TI CUBA BUAT UNTUK ANAK-ANAK

1- Ti cuba cukupkan dulu badan mereka dengan nutrisi. Dalam shaklee ada 2 jenis multivitamin yang boleh di ambik untuk anak-anak. Pertama vitalea kids.

Tie buat experiment ni dulu atas anak Tie sendiri. Muhammad Shahir Adeeb. Adeeb ni sejarahnya, lepas wean off 2 tahun, susu dia tak nak. Makan pun dia tolak.

Tie bagi vitalea kids kat dia setiap hari. Bersama dengan Vitamin C. Apa jadi? selera Adeeb menjadi-jadi. Mintak makan jer



Ni Adeeb anak Tie no 3. Adeeb ni memang jarang sangat nak makan nasi. Tapi dia suka makan roti. Tak kisah tau, roti pun sumber karbohidrat jugak macam makan nasi. Cuma dia ni selera omputih skit. Nak makan roti-roti jer. Huhuhu. Favourite nya Roti Coklat.

Tie saja snap gambar ni, huhuu. Masa ni kami baru sudah makan nasi tau, dia pun makan gak masa ni dalam 1 senduk, sebabnya masa tu lauk kegemaran dia. Umminya singgang daging jer pun.
dalam setengah jam macam tu, dia datang bawak roti ni, merayu-rayu lak nak roti. Aduiilaaa. 


SELERA ADEEB MENJADI JADI. 

ya menjadi-menjadi tau. Jadinya Experiment Umi kat Adeeb menjadi. Cukupkan nutrisi dulu jika anak dah kurang rasa nak makan tu. Kekurangan nutrislah antara salah 1 penyebab anak- anak menolak untuk makan.



Ni gambar Adeeb dengan multivitamin Vitalea nya. tak boleh nampak kat mata tau, mesti ank makan. Tie terpaksa sorot. huhuhu.

APA RASA?
Rasa Vitalea kids ni, perasa light-light anggur macm tu. Bagi tie sedap jugaklah. Bagi Adeeb lagilah sedap. huhuhu.



2- Disamping itu, elakkan ataupun kurangkan dulu bagi anak-anak makan makanan ringan yang banyak sangat MSG yer.

Ni antara kawan yang Tie cadangkan ambik Vitalea Kids untuk masalah anaknya yang kurang berselera untuk makan.





korang nak cuba untuk anak-anak korang. korang kena dapatkan dengan Tie yer.

whatsap jer 0139721859

Ahad, 12 Februari 2017

OSTEMATRIX wajib Semasa mengandung dan menyusu

Assalamualaikum sahabat Umi Tie yang hebat.
hari ni dah 12 hbln, Nak masuk separuh bulan dah kan. Ti nak share promo bulan febuari ni.
Bulan ni promo untuk item paling laku keras diantara ibu mengandung dan yang sedang menyusu tau.

Sebab apa mereka suka sangat dengan ostematrix ni. meh baca semua testimoni best tentang kalsium putih ni k.
















                                               kalau tak ambik masa mengandung, nak angkat kaki pun rasa susah



hilagkan lenguh-lenguh badan. Tie kalau seharian banyak kerja. malam sebelum tidur telan oste ni esok mesti dah hilang lenguh. Macam minyak [anas lah jadinya








Hanya bulan ni jer tau untuk 2 harga promosi ini. apa apa pertayaan tentang ostematrix. a.ka. kalsium ni boleh whatsap Tie yer



Sabtu, 28 Januari 2017

Perkara perlu dilakukan sepanjang Menyusu

“Senyum. Kadang-kadang tu kan satu senyuman di awal pagi membawa seribu kegembiraan sepanjang hari, Kita akan merasakan diri kita selalu mencapai kebahagian.”
Assalamualaikum warohmatuAllahi wabarokatuh. Semoga semua sahabat-sahabat Umi Tie yang baca coretan kali ini selalu berada dalam rahmat Allah dan selalu diberkati hendaknya. Amin.
Kali ini, Umi Tie nak kongsikan beberapa perkara yang PERLU dan TAK PERLU kita buat ,@ tak perlu fikirkan pun sepanjang penyusuan ni.
Umi Tie nak pecahkan kepada beberapa bahagian.

Bahagian Pertama

  • SEMASA MENGANDUNG
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku” (Muttafaqun ‘alaih). Hadits ini mengajarkan bagaimana seorang muslim harus huznuzhon pada Allah dan memiliki sikap roja‘ (harap) pada-Nya.
  • PERLU
Perlu untuk tetapkan niat dari awal kehamilan lagi untuk menyusukan anak dari lahirnya dia hingga semampu kita sehingga 2 tahun hendaknya. Dan seperti ayat kat atas, Allah akan bagi mengikut persangkaan HambaNya.
Selalu fikir kita mampu menyusukan dan selalu fikir  susu kita banyak untuk anak kita nanti.
  • PERLU
Untuk Berjaya dalam penyusuan semasa anak lahir nanti , kita dari awal kehamilan lagi sudah mencari, mengali Ilmu-ilmu penyusuan ini. Ilmu-ilmu ini takkan kita dapat tau kalau kita tak mencarinya.
Apabila kita ada Ilmu,kita akan seronok tau , tak sabar nak tunggu anak ni lahir. Sebabnya bila dah ada Ilmu, kita nak buat praktikal ni lepas anak lahir. Korang percaya tak?kalau korang newbie mom, cuba k.
Macamana nak cari Ilmu selain google, korang boleh join Group-group Whatsap penyusuan , banyak sangat group-group macam ni sekarang ni. Kalau nak join group bawah Projek SUSU ni pun ada dah ditubuhkan. Nanti boleh jer Contact  Umi Ti yer untuk join. apabila dah ada dalam group macam ni, kalau ada permasalah dalam penyusuan taklah kita buntu nak atasinya macamana. Dan ini boleh mengelakkan kita dari putus asa.

  • TAK PERLU
Tak perlu nak dengar kata-kata orang,

” Nanti ko nak masuk kerja susah tau kalau menyusu ni”

Korang pernah tak dengar ayat-ayat macam ni, biasanya orang-orang yang bercakap macam ni diorang tak ada Ilmu dalam penyusuan, dan tak tahu fadhilatnya besar sangat kalau dapat menyusukan anak.

BAHAGIAN KE DUA

  • FASA BERPANTANG
Fasa berpantang ini adalah fasa di mana kita akan apply ilmu yang kita gali semasa mengandung. Lepas hadam semua ilmu itu, saat ini lah kita akan praktikal kan.
  • PERLU
Rajin bertanya apa sahaja yang kita rasa was-was, kita rasa tak yakin apa yang kita buat ni. Biasanya new mom yang akan rasa kurang yakin ni. Masa inilah perlu sangat group support seperti group whatsap yang Umi Tie cadangkan tadi.
Umi ada pengalaman sorang new mom ni, dalam pantang maknya dah suruh bagi air masak kat baby tu. Kalau kita ada ilmu dalam penyusuan ni kita mesti akan tahu yang tak elok bagi air kosong kepada baby bawah pada 6 bulan.( boleh baca kat sini )
  • PERLU
Bagi ibu yang bekerjaya, alatan sepanjang penyusuan kena lengkap tau. Jika semua alatan ini kita cukup, kita takkan akan rasa penyusuan ini suatu yang susah. Alatan yang perlu seperti Pam, cooler bag, storage bag, bottle yang sesuai, warmer.
Bagi Umi Tie, Pam perlu walaupun kita tak bekerja sekalipun, sebabnya kan, semasa anak dalam pantang dalam tempoh 44 hari  nanti, baby akan kerap tidur dari berjaga. Ini adalah lumrah seorang baby. Kata orang tua, ” baby nak besar lagi lah tu, sebab itu suka tidur”hehehe.
  • PERLU
Dan untuk tingkatkan lagi susu dalam pantang, kita kena kerapkan menyusu baby, kalau baby susah nak kejut, masa inilah perlunya pam. Dalam pantang, kita hanya rehat jerkan. Kita tak perlu pun buat kerja rumah, pendapat Umi Tie masa inilah kita ambik peluang yang ada ini, pam sekerap boleh. selalu kosongkan breast kita. Lagi kerap kita kosongkan breast lagi banyak susu yang akan terhasil.
Dalam pantang biasanya baby akan kerap tidur disebabkan jaundise. Dan Susu ibulah terbaik antara kaedah rawatannya yer. Kerapkan menyusu, kejutkan setiap 1 jam. Dan kalau baby terbangun selepas kita pam, kita boleh bagi baby minum susu perahan tadi.

  • TAK PERLU
Untuk bagi baby susu perahan tadi, tak perlu bagi ikut botol lagi kalau baby masih baru tau. sebabnya takut baby confius nipple. Nanti 2 minggu nak masuk kerja baru ajar kat baby minum ikut botol susu.
Boleh guna cup ataupun sudu. cara ini kena kesabaran yang tinggi sikitlah.
  • TAK PERLU
Susu kita selalu cukup anak kita, ingat yer, dalam awal kelahiran perut baby kecik sangat, dan susu yang terhasil sesuai dengan saiz perut baby.
saiz-perut-bayi-susuibu
TAK PERLU beli susu formula lagi dalam pantang. Dan Umi Tie selalu tegaskan kat group jangan beli susu formula. Kadang-kadang baby dalam pantang suka menangis, baby menangis bukan sahaja sebab lapar yer, tapi banyak sangat sebab. dan sini pun perlu sangat ilmu dalam penyusuan dan penjagaan baby.
Kalau tak ada Ilmu, memang kita akan beli susu formula dan bagi kat baby. JANGAN SESEKALI FIKIR yer!

BAHAGIAN KE TIGA

FASA PENYUSUAN LEPAS BERPANTANG
Apabila seorang Ibu dah dapat atasi fasa berpantang, kebiasanya masuk ke fasa lepas berpantang ini sangat mencabar sikit. Jika Ibu itu seorang yang bekerjaya.
  • PERLU
Perlu cari kawan seangkatan untuk mengepam sepanjang waktu bekerja nanti yer. Kalau kita berkawan dengan kawan-kawan senagkatan ini, kita akan lebih teruja untuk mengepam sama.
  • PERLU
Mengepam walaupun sesibuk mana kita. Selalu menghantar signal kat otak yang baby kita perlukan banyak lagi susu. Pam ikut jadual yang dah kita buat mengikut kesesuaian waktu kita di pejabat.
  • PERLU
Perlu cari jalan penyelesaian di setiap masalah yang berkaitan dengan journey kita nanti tau. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Cari Laktasi caunselor yang berdekatan dengan kita, ataupun gunakan group penyusuan yang dah kita join.
  • PERLU
Perlu tahu makanan yang digalakkan ibu menyusu ambik sepanjang tempoh penyusuan, supaya ia dapat mempengaruhi hormon penyusuan. Kebiasaanya makanan terebut tinggi galactogue dan isofalvonces. Mengenai makanan ni nanti Umi Tie kupas dalam next Entri yer.
  • PERLU
Ibu Menyusu kena tahu kawal perasaan dan emosi sepanjang penyusuan nanti. Emosi sangat memainkan peranan untuk hormon oksitosin nanti. Ingat lagikan macamana tingkatkan Hormon Oksitosin perlu semasa menyusu ni secara ringkasnya
  • PERLU
Badan kita perlu dalam keadaan sihat sepanjang tempoh penyusuan ini. Jika kita sakit ia akan pengaruhi pengeluaran susu kita. Ibu Menyusu makan ikut piramid makanan yang sihat. Jika tak mampu nak cukupkan dengan menu harian, Cuba dapatkan dengan bantuan suplement dan vitamin yang selamat dan semulajadi yer.
Kita kena cipta kebahagian kita sepanjang penyusuan ini.

  • TAK PERLU
Jangan sesekali fikir untuk putus asa k. jika kita dah dapat lalui fasa berpantang dan eksklusif sehingga 6 bulan, kita juga akan mampu hadapinya sehingga 2 tahun.

Cukup setakat ini dulu yer Ilmu buat Mommies yang memerlukan. Jika ada sebarang masalah dan perlukan group sokongan penyusuan di facebook nanti boleh whatsap Umi Tie yer.
Cadangan vitamin-vitamin buat ibu menyusu cukupkan untuk badan setiap hari, boleh tengok di Link ni yer. Nak cuba whatsap Tie yer.

Khamis, 10 November 2016

Nasib baik ada ESP, bye bye gastrik

Pagi tadi Otw balik paka,  Umi Tie breakfast nasi lemak Rm1. Fuh ada lagi kan Rm1 zaman loning.
Punyalah PEDAS sambal nya sepanjang Jalan duk pedih perut. Huhu. Perut manja lagu nilah gayanya


Tak tahan pedih bilas gak dengan biskut Tiger susu. Tengok susu mesti beralkali. Moga- moga kuranglah sikit rasa pedih tu.

Aduyaii tak hilang gak. Pedih dah campur nak muntah dah. Dah mai dah asid gastrik kalau rasa macam tu.

Sampai jer Rumah, ambik 3 sudu ESP ( Energy Soy Protein ) bancuh dengan air suam 200ml. Shake shakr shake. Minum slow-slow. Ya Allah nikmatnya


Dan yang paling syukur, Hilang dah rasa pedih perut tadi. Syukur sangat- sangat.
Nanti Umi Tie share lagu mane lah rupanya ESP tu yer.

Rabu, 5 Oktober 2016

Punca susah untuk mengandung

Tak sangka,Allah bukakan lagi Pintu hati ni nak menulis semula. Lama bebenor rasanya Umi Tie tak menulis kat blog.


Umi Tie rasa nak share bab kesuburan sekarang ni. Rupanya banyak sangat kes yang tak dapat hamil. walaupun dah kahwin lebih pada setahun.
Umi Tie faham sangat macamana perasaan tu. Umi Tie sendiri pernah rasainya masa mula-mula kahwin haritu.

Segan nak jumpa orang luar. Kadang-kadang tu diorang tak nak tanya pun. Tapi naluri kita ni sebagai seorang perempuan mesti rasa malu bila dah kahwin lama pun masa tak pregnant pregnant pun kan.
Macam-macam ikhtiar masa tu tau. Berapa duit dah keluar tu tak terbilang pun. Asalkan orang bagitahu bagus ikhtiar untuk anak mesti cuba.

BETUL KAN?

Tolonglah,tolonglah jangan salahkan si isteri jika korang dah kahwin lebih dari setahun,tapi korang belum kurniakan zuriat lagi. Kadang-kadang tu bukan disebabkan si isteri jer masalah ini semua.
Dan disebabkan itulah si suami kena buang egonya untuk buat checkup juga sama dengan si siteri. Buat Checkup kesuburan.

Sini Umi TIe nak kongsikan dulu 5 pemasalah yang biasa si Isteri hadapi sehingga susah untuk pregnant.




  •  Fibroid.


Bila tengok gambar ni. Ngerinya rasa. Mesti perut wanita yang ada fibroid ni besar macam mengandung. Fibroid juga menjadi salah satu punca masalah kesuburan . Tetapi tak semua wanita yang menghidap fibroid ni tak boleh hamil tau.
Kesuburan si pesakit fibroid ni bergantung kepada bilangan, posisi dan saiz fibroid tu sendiri. Fibroid yang mempunyai lapisan yang besar sahaja yang mengalami masalah susah hamil.
Ini kerana, ia akan menyumbatkan salur fallopio.
Fibroid ini satu ketumbuhan yang berasal dari rahim. fibroid membesar dan boleh menghimpit pundi kencing.

Simptom - simptom Fibroid ni


  1. Wanita yang mengalami pendarahan yang panjang semasa haid
  2. Sakit semasa haid SENGGUGUT
  3. Sakit dibahagian perut semasa melakukan hubungan dengan suami
  4. Wanita yang mempunyai perut yang buncit, rasa tak selesa pada abdomen dan rasa kejang pada abdomen bawah
  5. Wanita yang mengalami sembelit akibat tekanan fibroid terhadap salur najis
  6. Kerap buang air kencing akibat tekanan fibroid pada pundi kencing
  7. wanita yang sering keguguran dan mengalami masalah sukar hamil.
  • walaupun simpton simpton ini ada pada seseorang, tak bermakna si isteri mempunyai masalah fibroid. Pemeriksaan yang lengkap seperti pemeriksaan ultrasound dan CT scan abdomen dapat memberi dignose yang lebih tepat

  • Endometriosis
Uterus ataupun rahim dilitupi dengan lapisan tisu yang dipanggil Endometrium. Tisu endo tumbuh hanya di bahagian rahim, tetapi kadang kala ia tumbuh di luar rahim. Biasanya dalam organ-organ pembiakan ovari , tiub fallopian atau dalam kes yang jarang berlaku. Ia tumbuh pada usus kecil, dubur atau pundi kencing. Keadaan ini yang dinamakan Endometriosis.

Simptom - simptom Endo ini adalah seperti
  1. Sakit pelvis yang teruk
  2. Senggugut yang sangat teruk
  3. Sakit ketika membuat hubungan kelamin
  4. Sukar untuk Hamil
  5. Sakit semasa ovulasi
  6. Darah haid yang keluar banyak ataupun tidak normal, seperti keluar hanya tompok-tompok sahaja
  7. Sakit ketika membuang air besar, cirit-cirit, sembelit ataupun masalah usus yang lain semasa kedatangan haid
  8. Sakit membuang air kencing ataupun kerap membuang air kecil semasa datang haid
  9. Lesu.
  • Doktor boleh menilai simptom-simptom ini dengan  menjalankan pemeriksaan pelvis untuk mengesan sista, kebengkakan yang tidak normal atau penebalan pada bahagian pelvis. Ini lebih mudah dilakukan  semasa anda sedang datang haid.

  • HORMON DAN HAID

HORMON DAN HAID salah satu punca kenapa seseorang wanita tak dapat hamil.
Pada seorang wanita. Keseimbangan hormon adalah berkait rapat dengan kitaran Haid. Dan kebiasaanya haid terjadi selepas ovum matang yang berpotensi disenyawakan dilepaskan setiap bulan.
Apabila haid tidak teratur juga, seseorang juga akan mengalami beberapa masalah lain. Antaranya;

1- Mudah untuk dijangkiti penyakit
2- Rambut Kusam dan Gugur
3- Tubuh menjadi Kurang bertenaga dan cepat penat
4- Kulit wajah nampak tua, kusam dan tidak bermaya
5- Daya ingatan menjadi semakin lemah
6- Berat badan akan naik mencanak- canak.
Dan hormon ini juga disebabkan oleh beberapa faktor.


Antaranya;
1- Kegemukkan
Kegemukkan yang obese ataupun berat melebihi berat ideal. Seseorang akan mengalami ketidak seimbangan hormon estrogen dalam badan.
2- Terlebih hormon prolaktin
Kebiasaannya, hormon prolaktin yang tinggi semasa menyusukan. Hormon prolaktin ini penting untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu. Oleh itu sepanjang penyusuan hormon seseorang ibu akan terganngu dan mempunyai kitaran haid yang tidak teratur juga.
3- Mengambil Pil pencegah kehamilan.
Pil ataupun ubatan mencegah hamil seperti depo- povera ataupun Implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang Tidak langsung datang haid sepanjang menggunakan implanon. Ini akan menyukarkan pengiraan hari subur seseorang.

Faktor ke 4.
  • Kerosakkan Tiub Fallapion
Saluran fallopion adalah organ penting dalam sistem reproductif wanita.  
Ada lagi 2 punca bagi perempuan. Next entri deh. yang dah ada rasa macam simptom simptom kat atas tu. better g check tau. sayangilah keluarga kita k.

Isnin, 6 Julai 2015

Resepi Agar-agar Telur

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini hari ker 20 ramadhan dah...Alhamdulillah kan...berjaya jugak ker 10 ramadhan terakhir cepat jer masa berlalu...lepas ni raya lak...

Petang semalam,dah buntu nk makan apa lepas moreh...keluarkan idea nak buat agar-agar telur...Ringkas sangat so buat pun sekejap jer...

Ti nk share resepi agar-agar Telur kat sini...moga bagi sahabat idea last- last ramadhan ni nak buat apalah pulak erk...hehehe...




Bahan-bahannya
* 1 plastik agar-agar 20g
* Air 4 cawan
* Telur 4 biji
* Gula 1cawan 3 sudu( ti xsuka manis sangat,ni ikut kesesuai masing2 k...resepi asal 2 cawan...bnyak sangat rasanya ni)
* Kastard 1 sudu
* Asen vaniilla 1 sudu
* susu cair 1 tin...

Cara buatnya
……………

#Blend Telur + kastard bagi kembang betul2 telur tu
#Masak agar-agar sampai hancur...
# lepas semua agar-agar dah hancur masukkan Gula..kacau bagi hancur...masukkan susu...( option ti suka masukkan daun pandan,bau wangi, nanti buanglah)
# Dah semua hancur...Tutup api...baru masukkan Telur diblend tadi kacau jer bagi rata...

Tadaaa siap...huhuhu...Agar-agar telur Ummiadeeb ni...


Sabtu, 4 Julai 2015

10 golongan yang Rugi dibulan Ramadhan

10 GOLONGAN YANG RUGI DI BULAN RAMADHAN

أن شهر رمضان هو شهر الهدى والمغفرة والرحمة لأقوام, فهو شهر الحسرة والخسران على آخرين, قال النبي صلى الله عليه وسلم: «رغم أنف امرئ دخل عليه رمضان, ثم انسلخ قبل أن يغفر له » [رواه الترمذي وصححه الألباني].

Bulan Ramadhan menjadi bulan hidayah dan bulan rahmat dan keampunan bagi sekelompok manusia, juga menjadi bulan penyesalan dan bulan kerugian kepada sekelompok manusia yang lain. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Kerugian yang besar, apabila seseorang itu memasuki Ramadhan, kemudian Ramadhan itu berlalu tetapi dosanya tidak diampun oleh Allah SWT” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan disahihkan oleh Al-Albani)
1- الذين لا يصومون إيماناً واحتساباً, بل يصومون رياءً أو عادة, والنبي صلى الله عليه وسلم يقول: « من صام رمضان إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه » [متفق عليه] دل مفهوم المخالفة أن من لم يصمه إيماناً واحتساباً لم يغفر له ما تقدم من ذنبه, وإذا لم يغفر للمرء في رمضان فمتى يغفر له؟
Golongan Pertama:

Iaitu mereka yang tidak melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ikhlas kepada Allah, sebaliknya berpuasa dengan perasaan riak dan puasa adat sahaja, sedangkan Nabi bersabda, sesiapa yg berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, akan diampunkan dosanya yang telah lalu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).Mafhum mukhalafah (kefahaman secara terbalik) dari hadis ini ialah sesiapa yang tidak berpuasa maka tidak akan diampunkan dosanya. Jika dosanya tidak diampun pada bulan Ramadhan, bilakah lagi akan diampunkandosanya?

2- الذين يتركون قيام لياليه كسلاً وتثاقلاً عن الطاعات, لا نصيب لهم كذلك من مغفرة ذنوبهم في رمضان.
Golongan Kedua:

Mereka yang tidak beribadah pada malamnya (dengan solat tarawih dll) kerana bermalas-malasan dan sengaja memberatkan diri dari melakukan ketaatan, maka tiada habuan keampunan dosa bagi mereka di bulan Ramadhan

3- الذين يداومون على مساوئ الأخلاق, ولا يردعهم صيامهم عن ارتكاب المحرمات, والنبي صلى الله عليه وسلم يقول: « من لم يدع قول الزور والعمل به والجهل, فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه » [رواه البخاري].

Golongan Ketiga:

Mereka yang berterusan mengamalkan akhlak yang buruk di mana puasanya tidak sedikit pun menghalangnya dari berkelakuan buruk itu dan dari melakukan perkara haram, sedangkan Nabi bersabda, sesiapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni puasanya tidak diterima). Hadis RiwayatBukhari.

4- الذين يبددون أوقات هذا الشهر الشريفة في النوم والغفلة ومتابعة القنوات والاستماع إلى الأغنيات ومشاهدة ما يغضب رب الأرض والسماوات والنبي صلى الله عليه وسلم يقول: « رب صائم حظه من الصيام الجوع والعطش » [رواه أحمد وابن ماجة وصححه السيوطي].
Golongan Keempat:

Mereka yang banyak menghabiskan masa dan saat-saat keemasan di bulan Ramadhan dengan tidur, lalai dengan menonton TV, mendengar lagu dan nyanyian, menonton cerita-cerita yang dimurkai Allah, sedangkan Nabi bersabda, boleh jadi orang yang berpuasa hanya mendapat lapardandahaga.

5- الذين يضيعون الصلوات, ويهجرون المساجد في الجمع والجماعات, والله تعالى يقول: {فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا } [سورة مريم: 59].
Golongan Kelima:

Mereka yang mensia-siakan solat 5 waktu, tidak berkunjung ke masjid dan surau  bersama para jemaah, sedangkan Allah berfirman, maka datanglah sesudah mereka pengganti yang mensia-siakan solat dan menurut hawa nafsunya, maka kelak mereka akan menemui kesesatan

6- الذين يفسدون صيامهم عامدين بالمفسدات الحسية الجماع والأكل والشرب والاستمناء, أو المفسدات المعنوية كالكذب والغيبة والنميمة والحسد والسخرية والاستهزاء والفحش والتبرج وغير ذلك.
Golongan Keenam:

Mereka yang merosakkan puasa mereka dengan sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti bersetubuh, makan dan minum, mengeluarkan mani dengan sengaja, mengadu domba, mengumpat, hasad dengki, mengejek-ngejek dan mempermainkan orang lain, menyebut kata-kata kotor, berhias (bersolek) dan sebagainya 

7- الذين يسافرون خارج البلاد سواء في أو الشهر أو في أوسطه, ليعصوا الله في هذه البلاد بحرية, ولو علم هؤلاء مصلحتهم لظلوا في بلاد الإسلام يصومون ويصلون, ويغتنمون أيام وليالي هذا الشهر الكريم.
Golongan Ketujuh:

Mereka yang berkunjung ke luar negara (ke tempat-tempat maksiat) samada di awal bulan Ramadhan atau dipertengahannya supaya dapat melakukan dosa dan maksiat dengan bebas, sedangkan mereka tahu jika mereka berada di tempat mereka, mereka dapat menunaikan solat dan berpuasa serta merebut hari-hari dan malam-malam Ramadhan dengan beribadah

8- الذين يجتهدون في أول الشهر, وينوون التوبة والاستقامة, ثم ما تلبث هممهم أن تفتر, فينقلبون على أعقابهم, ويعودون أدراجهم, ويستأنفون حياة العبث والضياع.
Golongan Kelapan:

Mereka yang hanya bersungguh-sungguh dalam beribadah di awal Ramadhan serta berazam untuk bertaubat dan beristiqamah dalam beribadah, tetapi bertukar sebaliknya dengan menjalani kehidupan yang sia-sia dan melalaikan

9- الذين يهجرون كتاب ربهم في رمضان, فلا يقرؤونه ولا يتدبرونه, ولا يتدارسونه, والله تعالى يقول: {أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا} [سورة محمد: 24].
Golongan Kesembilan:

Mereka yang meninggalkan Al-Quran di bulan Ramadhan di mana Al-Quran tidak dibaca dan ditadabbur maknanya, tidak bertadarus Al-Quran, sedangkan Allah berfirman: Mengapa kamu tidak memerhatikan makna Al-Quran, ataukah di atas hati kamu ada tutupan

الذين يبخلون بأموالهم أن ينفقونها في سبيل الله فلا يطعمون جائعاً ولا يفطرون صائماً ولا يكسون عارياً ولا يشاركون-10 في أي عمل من أعمال البر قال تعالى: {هَاأَنتُمْ هَؤُلَاء تُدْعَوْنَ لِتُنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبْخَلُ وَمَن يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَن نَّفْسِهِ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنتُمُ الْفُقَرَاء} [سورة محمد: 38] .

وقال صلى الله عليه وسلم: « ما أتى على المسلمين شهر خير لهم من رمضان, ولا أتى على المنافقين شهر شر لهم من رمضان, وذلك لما يعد المؤمنون فيه من القوة للعبادة, وما يعد فيه المنافقون من غفلات الناس وعوراتهم, هو غُنم للمؤمن, ونقمة للفاجر» [رواه أحمد وصححه احمد شاكر].

Golongan Kesepuluh:

Mereka yang bakhil dengan harta yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka dan tidak menafkahkannya ke jalan Allah dengan memberi makan orang yang lapar, tidak memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa dan tidak memberi pakaian kepada orang yang tiada pakaian serta tidak menyertai kerja-kerja berbentuk amal kebajikan. Sabda Nabi SAW, tiadalah datang kepada umat Islam satu bulan yang lebih baik dari Ramadhan dan tiadalah datang kepada orang munafik bulan yang lebih buruk selain dari Ramadhan, kerana di bulan Ramadhan umat Islam menyediakan sepenuh tenaga untuk beribadah, sementara orang munafik menyediakan sepenuh tenaga untuk melalaikan manusia, ia (Ramadhan) adalah keuntungan kepada orang Mukmin dan kecelakaan kepada orang yang fasiq

C&p di group whatsapp
#peringatan buat kita semua...Insya Allah...
semoga kita tidak tergolong dalam golongm yg rugi ini...